Wednesday, June 22, 2011

SPRING Pesanan Buat Kekasih

Ha ni satu lagi lagu jiwang.....
Kita layan ja ptg2 begini......


Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

E.Y.E Sedalam Mana Setiamu

Aku bosan.... aku rodek2 lagu lama2 yang ada dkt pc aku.... ha lagu ni syok gak aku layan....
feeling kejap.. hahahahahaha....
layan.....


takdir jua yang menentu segala
pertemuan yang tak diundang
gurau senda mesra yang kau pamerkan
membuat hati tertawan

walau kita masih baru mengenali
namun dapat aku rasakan
detik hati ini yang menyatakan
semaian kasih bercambah

terpaksalah aku menduga
sedalam manakah setia
dan takku sangkakn pesona
bisa merubah jiwa

ku bertanya pada diri ini
kerna apa aku kau cintai
salahkah ku cari keyakinan
walau aku serba kekurangan

andai engkau mengerti kasih
niat suciku ini....

walau dulu sering kau mengucapkan
hanya diriku yang kau sayang
mengapakah kini sering kau buntukan
pertanyaanku yang serupa

mungkin indah kehidupanmu kini
hingga kau lupa pada janji
yang kita semaikan penuh pengertian
antara kita berdua..

kiranya apa yang kau lakukan
untuk buatku bahagia
maafkanlah daku kekasih
tanpamu ku tersiksa

ku bertanya pada diri ini
untuk apa aku kau cintai
salahkah ku menduga dirimu
untuk aku bentuk keyakinan

kembalilah oh kekasih
aku setia menunggumu...

pasti nanti andai kau mengerti
kan ku serah hatiku padamu
kiranya hatimu yang terluka
aku jua pastikan merana

andai engkau mengerti kasih
niat suciku ini....

kuala perlis



Monday, June 20, 2011

.::Mee Kari::.


Ini dia resepi mee kari aku...
aku hentam ja ni... x nak sukatan... sukatan ikut suka(ikut citarasa anda) boleh ka mcm tu...

BAHAN-BAHAN:
Mee Kuning di celur (ikut banyak mana org nak mkn)
Ayam di potong kecik2
Kerang Rebus di buang kulitnya
Tauhu Goreng di potong kecik2
Kangkung di potong dan di celur
Togee di celur
Cili besar di potong nipis2
Limau Kasturi
Bawang goreng (sity x letak pun)
Serbuk Kari Dading
Santan
Daun Kari
Bawang Putih dan Bawang besar di tumbuk halus

habih dah kot bahan-bahannya.....

CARA-CARA:-
Untuk masak kari... Panaskan minyak....Tumis Bawang yang tumbuk halus tadi+daun kari sehingga naik bau... kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh bersama air... tunggu sehingga pecah minyak.... kemudian masukkan ayam gaul bagi rata... baru masukkan santan.... tgu mendidih.... masukkan kerang.... tada.... siapdah... buleh mkn..

***SELAMAT MENCUBA.... sungguh simple.....

.::Kek Puding Caramel::.


Ha... ni aku nak bagi resepi....
Rasanya resepi ni aku search dkt google : kalau tak salah aku aku ambik dalam myresepi.com...
Terima kasih myresepi kerana berkongsi banyak resepi di situ...

Bahan-bahan ( 20cm )

  • Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

Cara-cara

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  1. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  2. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  3. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  10. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.



.::Kolesterol::.

Aduh.... Hari sabtu masak nasik lemak+sambal tumis+telur rebus goreng+ikan goreng+sosej rebus.... Ahad lak pulut lemak.....Banyak sungguh kolesterol yang masuk dlm perutku kelmarin....
Almaklumla memandangkan kelmarin hari cuti (weeked)... my asben request masak pulut... anak ku si haziq tu... mmg suka sgt la kalau nasik lemak n pulut.... lagipun balence beras pulut yang bulan lps masih ada.... breakfast lunch n dinner dgn pulut la seharian... kehkehkehkeh... my asben g market beli santan n banana.... dah la aku x sempat nak rendam semalaman beras pulut tu dulu.... aku basuh cuci2... sempat la rendam sat x sampai sejam... pastu aku kukus entah berapa lama tah... kira sampai masak la... pastu aku rasa mcm keras lagi... x berapa nak lembut... aku gaulla pulut tu dengan santan yang dah di masak bersama sedikit garam... x lembut jugak... kemudian aku masak dengan api tengah beberapa minit baru lembut....
ha tunggu apa lagi... aku suapla si haziq pulut lemak tu dengan banana.... punya la mkn banyak... habih dia suruh tambah lagi.... syok sgt aku kalau apa yang aku masak anak-anakku n asben suka makan n makan sampai abih.... aku plk mkn pulut lemak ni dgn sambal tumis + telur rebus goreng.... ha.... aku ulang mkn sampai 3 kali, maknanya.... 3 biji telur aku dah mkn hari tu.... alahai.... banyaknya kolesterol.... tapi x mengapa.... cover untuk hari isnin aku nak posa.... insyaallah akan turun la kolesterol dlm tubuh badanku ini....
sambung citer pasal haziq dgn pulut... selalunya tgh hari dia akan tidor... tapi hari ni x plk... heran... sampai ke petang dia tahan... x lena... yang kami 3 ni berapa kali dok zzzzzzzzzzzzzzzz... dia dok mengadap kartun dia la chanel 611 n 613. Bila petang... dia dah mandi apa semua.. aku suap pulut+banana lagi... syok sungguh suap dia... habih mintak tambah.... tapi.... dia x jugak ngantuk.... menghairankan..... pulut itu mgkn vitamin bagi dia kot... heeeeeeee.... selalunya... dlm pukul 6 7 ptg dia dah ngantuk. cergas lagi.... dia bertahan sampai pkl 10 mlm.... itu pun kami tutup segala lampu bagi gelap gelemat... baru si abang haziq n adik hazim tidoq.... kalau x... Ya ALLAH... kami berdua yg akan lup dulu.... hihihihihihi....

weeked nanti mama masak nasik lemak n pulut lagi k......

.::Posa Sunat::.

Alhamdulillah aku niat untuk posa sunat pada hari isnin ni.... mlm aku mkn siap2.... pagi aku cuma niat sahaja...
yang lawaknya.... dlm kereta aku dok suap cucur kodok pada adik hazim.... adik hazim mkn main2 lak... dia kunyak lumat2 pastu dia luah... ish... geram aku... pastu... yang balance tu aku mkn la... dah telan semuanya... astafrirullah halazim.... baru aku teringat kata hari ni aku posa.... YA ALLAH... aku ada la dengar ceramah Ustaz tu kata kalau kita niat posa n kita termakan tampa kita sedar posa kita di kira sah.... sepatutnya slps kita sedar tu kita kena kumur buangkan sisa2 makanan tadi... memandangkan aku dok atas kereta nak kumur dgn air apa....
hai..... ini la jadinya kalau jarang2 posa sunat...
mudah-mudahan posa sunat ku pada hari ini direstui oleh MU.. amin....

.::Minggu Jumpa DR::.

Minggu lepas....
mula2 aku batuk,sakit tekak n selesema.... balik kerja pegi la jumpa dr azhar... and then... adik hazim lak selesema n batuk, pegi klinik pulak.... besok hari... aku lekat tulang ikan keli... hadui... sakit yang teramat... macam2 aku buat nak bagi kuar dkt kedai tu.... telan nasik ketul pun x nak jugak... tulang tu dok memusing dkt kerengkung.... telan air liur pun sakit... balik reja p klinik dr azhar lagi, dr tu suruh nganga sedaih saja dia kapit dgn benda seakan akan mcm player muncung tirus yg bengkok gitu.... haaa selesa dah tekak aku.... dalam masa yang sama, haziq pun sakit mata... bukan sakit mata yanng berjangkit tu.... dari dalam kereta lagi dia habaq dkt aku kata mata dia terkena bantal... pastu dia dok genyeh2 dengan kuat... mata hitam dia luka.... dr trus buat surat kena p hospital dengan segera... adoi.... kelam kabut kami di buatnya.... balik solat mandi n solat maghrib dulu di rumah.... aku pun siap baju dlm beg siap2 kalau2 haziq kena tahan wad.... lps maghrib kami bertolak ke umah mak ayah aku dulu tinggal adik hazim d situ... kesian lak nak bawak dia mlm2 g kecemasan... pengalaman aku sblm ni kalau g hospital kangar bahagian kecemasan mmg lambat sesangat.... lbh kurang 2 jam masa untuk menunggu jumpa DR... alahai leceh betulkan.... tapi... mlm tu kami p emergency x lama sangat... sekejap ja.... kira ada perubahan la dengan sebelum ini... DR pun ramai... bila dkt kecemasan... DR chek n letak ubat apatah nak nengok luka dkt mata hitam haziq.. mmg mata hitam dia ada luka sikit.... alhamdulillah Dr kata x yah admit dkt hospital... aku bersyukur la.... tapi... DR buat surat plk untuk berjumpa pakar pada keesokan hari... hadui....
mlm ni kami semua tidur dkt umah mak aku dkt laka selatan... aku ingt dah lewat mlm... rupa2nya baru pkl 10 lebih...
besok hari kami tgl adik hazim dkt tok echah... awai2 pagi kami kuar nak g jumpa pakar dkt hospital... pakar chek kata skit ja luka... dia bagi ubat n then temujanji seminggu lps tu... alhamdulillah.... pakar nasihatkan haziq cuti hari ni... kami tgl haziq dkt mak na kejap...
keesokan harinya.... adik hazim lak demam panas... aku terpaksa cuti jaga adik... kesian dkt adik... x ambik ubat pun sbb ubat yang nurse bagi time cuck setahun tu masih ada... so aku bagi adik mkn ubat tu dulu la.... bila adik makan ubat tu... mmg kebah n peluh cerau(haziq suka sebut) selepas 6 jam panas balik... ha sudah mcm ni.... makan ubat sampai habih sebotol pun mcm tu jugak.... besok kena ambik ubat adik plk la....
ambik ubat adik dkt klinik faezah plk... DR faezah bagi 2 jenis ubat ja... padahal adik hazim deman, batuk selesema... selalunya Dr akan bagi 4 jenis ubat... deman, antibiotik,selesema n batuk... DR faezah hanya bagi 2 jenis ubat sahaja... rasanya ubatnya kuat kot... sbb ubat antibiotik sehari mkn 2 ml sekali sahaja... ubat demam sehari 2ml 4 kali... mkn ubat tu... n jelum dengan air daun bunga melur alhamdulillah hazim trus kebah....
ALLAMDULILLAH... SEMUA SEMAKIN SIHAT.... cuma adik hazim ada skit2 lagi batuk n selesema.... hazim kalau batuk n selesema mmg payah nak lega.... mama doakan semoga anak mama cepat sembuh mcm biasa.... kalau adik x sehat... adik akan merap..... n merengek...

aku anggap ni adalah ujian dan dugaan pada hambanya..... amin

Thursday, June 2, 2011

doa untuk anakku

Hanya tinggal 2 hari saja lagi.... umur Muhammad Hazim Syafiq genap 1 tahun.... pejam celik pejam celik anak mama dah nak menjangkau 1 tahun.... x ada persiapan apapun yang mama buat untuk birthday anak mama ni.... mama hanya berdoa untuk anak mama semoga anak mama membesar dengan penuh keimanan dan ketakwaan, menghormati mama dan abah serta orang tua, mendapat keberkatan dan dilimpahi rezeki di dunia dan akhirat... serta menjadi seorang anak yang soleh.... amin... amin...amin....
mama dan abah sayang kamu....

Dah tak lama nak posa

Sekarang dah bulan 6. bulan depan bulan 7... masuk je bulan 8 umat islam akan menyambut bulan ramadhan.... sekejap je masa berlalu....
Tahun lepas.... aku exited menjahit baju melayu untuk 2 hero kecilku itu.... untuk tahun ini... adakah aku akan menjahit jugak baju melayu untuk hero-hero kecilku??? ermmmm... rasa mcm nak bikin sendiri jgk .... tapi itulah... tema tahun ini tak tahu lagi warna apa...
Bukan apa.... rasa puas, dan gumbira bila tgk hasil kerja tangan kita sendiri..... Insyaallah akan ku bikin jugak baju melayu untuk 2 hero aku....





ni la baju raya tahun lepas yang aku jahit untuk hero-hero kecik aku ni...