Tuesday, May 19, 2009

BeRkeLah@LeMbAh BuJaNg



Sabtu 9/5/2009, jam 10.00pg hari ni saja la masak awai... (di rumah mak), macam mana tah terlintas di fikiran aku buat cadangan kata kalau kita pegi berkelah nih mesti best... adik aku kata ermmm betul jugak, tapi... kat mana?? aku call la mak lang... ajak pegi berkelah... maklang on... memandangkan dia pun tengah masak... ok la tuh... dah selesai masak apa semua... air plk tak dak.... haru biru betoi la... mujur la dah siap semua... dah siap packing n masukkan dalam kereta ayah... aku, hubby n adik balik kerumah aku, sbb nak mandi. Kita orang pun tunggu lah ayah n mak lang sampai... tunggu punya tunggu jam dah pukul 2.00ptg, barulah bertolak ke destinasi yang hendak di tuju.... tempat belum deside lagi nih... kami semua ikut ke mana saja paklang hendak bawa.. ber sms lah sambil drive... paklang memutuskan bahawa kita menghala ke Lembah Bujang.. Dalam perjalanan, sudah berapa kali hujan turun dan berhenti... kami belum sampai lagi ke destinasi... masing-masing perut dah lapaq... lebih kurang dalam pkl 4.00ptg la kami baru sampai.... apa lagi ... sesampai je.... pakat makan tak ingat dunia.... pastu time tu mandi manda lah....

**Moralnya : Jangan buat plan last minute
My big family [Dari kiri : Mak, Maktok, aku, haziq, adik(belakang), sepupu, pakndak(belakang), Maklang, sepupu, adik]

Sesampai ja dkt sini... terus isi perut dahulu.. Lapor teramat dah... Jam 4.00pm baru sampai..

Dah kenyang.... time too mandi la plk..

Betapa sukanya haziq bila bermain air dengan geng seangkatan.

Ayah tersayang (bukan senang nih nak capture gambar ayah)

JoGginG TiMe

selepas joging


Pada petang ahad, suamiku ajak pegi ke tasek jitra... katanya nak joging..
Lama betul kita orang dak joging... maklumlah sejak tinggal di rumah sendiri nih tak dak tempat yang dekat dan sesuai untuk berjoging... Time dok dekat Perlis dulu tempat riadah dekat2 ja.. Boleh di katakan selalu jugak lah kita berjoging... Balik kerja, petang-petang ada masa gak nak ke Denai Larian... Berapa minit je... leh sampai situ... Sekarang... kalau nak sampai ke sana mau dkt 30 minit... Kami pun dah lama dak menjejak kaki ke Denai...
Cuma sekarang kalau nak riadah kita ke sini je lah... Time kami sampai, dak ramai pun org yang mengunjungi.. mungkin hari ahad kan, Kedah bekerja... mungkin lewat sikit lah dia orang sampai... lagipun hari ni cuaca agak mendung and baru je lepas hujan..

Cerita pasal joging... Aku and anak cuma joging setempat ja... Hubby yang joging sorang2... Jauh jugak trek tu rasanya dlm 500meter kot. Teringin gak nak jogging... tetapi memandangkan jauh sangat rasa dak larat la plk... Stamina aku sekarang memang dah down.. naik tangga satu tingkat je pun dah penat... huhuhuhu... macam mana nak jogging jauh tu... Apa-apa jenis sukan pun aku dah tak terlibat... Bukan senang nak membina stamina baru... ianya kena berterusan baru menten.. Cukuplah pada aku, tiap2 minggu ikuti erobik di tempat kerja... hehehe... (kekadang je pun aku p)

Ikan SiaKap KuKus

Cubalah dengan resepi nih....
Memang sedap.....


Bahan-bahannya:

Ikan siakap
carot
bawang besar
serai
cili besar
sos ikan

Cara-cara:
Ikan siakap di siang dan dibersihkan... letak ke dalam dulang, kemuadian potong kecil2 carot, bawang besar serai,cili besar tabur di atas ikan. tuangkan sos ikan and then kukus sampai masak...

SELAMAT MENCUBA.....

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil] *tak hias pun dengan daun nih...
hirisan carrot
jus limau kasturi

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih