Thursday, November 22, 2012

.:: Mee Udang Pulau Sayak ::.

Kalau sesapa nak ke Pantai Merdeka singgah la dulu di kedai Mee Udang ni... Kalau dari Highway Utara Selatan... Exit Sungai Petani (S) Selatan. Ikut signboard ke Tikam Batu then ke Kuala Muda @ Pantai Merdeka. Pastu akan jumpa signboard ke Pulau Sayak... Tak la jauh mana dlm 30 min ja...

Mee Udang biasa... banyak dan besar2 udang dlm mee ni... puas makan... rasa macam nak p makan lain ja... :-)

View dari kedai 
USOF MEE UDANG LAUT PULAU SAYAK...

Nasi goreng udang... tp udang dah di asing kan dlm pinggan lain...

macam-macam aksi si hazim ni bila nak ambik gambar dia... x nampak laut sbb background terlalu cerah..

Map dari exit Tol Sungai Petani (S) ke Pulau Sayak

Wednesday, November 21, 2012

.:: Bedroom for my son ::.

 Bilik No.3 dijadikan bilik untuk haziq... senang dia nak buat kerja sekolah.. 
yang warna putih atas cadar tu abaikan... adik hazim tabur sebekas bedak sejuk mama...

Almari Angry Birds warna ni je yg ada... Yang gambar lain pun banyak lagi... tp kecik... alang-alang baik beli yang besar trus... bleh simpan banyak barang skit kan... :-)


 

Thursday, November 1, 2012

.:: Pemplet Baru Jamu Mandara ::.


Jika ingin dapatkan Jamu MANDARA.... saya SITYAIZA adalah egen yang sah yang dilantik oleh Mandara Solutions Enterprise. 
Just u call me @ sms: 019-4953285 /
 YM: sityaiza@yahoo.com /
 FB: Sityaiza Harisaza

Wednesday, October 24, 2012

.:: CaRRoT WaLNuT CaKe ~ Diskaun ::.



Carrot Walnut Cake
creamcheese + walnut
size 9x9

Diskaun 10% akan diberikan sehingga 30 Nov 2012
Tempahan : 019-4953285 (Sityaiza)

Monday, October 22, 2012

.:: Suka-suka ::.


Tikar Evamatic untuk anak-anak....

 

Friday, October 19, 2012

Simpanan VS Pinjaman ASB

Contoh pengiraan untuk 5 Tahun

Assalamualaikum.... Aku saja buat post ni..
Bukan apa... bila aku p maybank ja... Orang yang dok kat kaunter tu asyik dok promote dkt aku soh buat pinjaman maybank n simpan dlm asb... nyaris2 dah nak terlekat.... Sekali kita pandang... mmg la banyak duit kita akan dpt selepas habis bayar tiap2 bulan atau setahun sekali.... 
Tetapi bila kita buat kira2 balik.... simpanan bulan lebih menguntungkan dan x payah nak pening kepala.... Jika kita buat pinjaman plk... apa yg kita dapat balik x la sebanyak yang kita sangkakan.... Pengiraan yang aku buat dekat atas tu... pinjaman untuk 5 tahun... sama ada korang paham ke tidak entah la... Tp pada pemahaman aku mcm tu lah.... 

Untuk kebaikan kita bersama... 

Friday, October 12, 2012

.:: Losyen Syifa' Indah ::.


Antara kegunaan LOSYEN SYIFA' INDAH ialah :-
  • MEMECAH KETULAN ANGIN
  • MEMBAKAR LELEMAK DALAM BADAN
  • LUMPUH
  • PATAH
  • BISA-BISA SENDI
  • SAKIT PINGGANG
  • SAKIT LUTUT
  • BENGKAK
  • GHAUT
  • KEBAS KAKI TANGAN
  • TERKENA API
  • AIR PANAS
  • TUMIT PECAH
  • SAKIT KEPALA (MIGRAIN)
  • SELSEMA
  • SEMBELIT
  • IBU-IBU LEPAS BERSALIN
Kandungan :
Ekstrak herba, Selfemulsifying Wax, Glycerine,Calsmine Powder,
Minyak Putih, Minyak Tea Tree, Ekstrak Halia Bara,Minyak kayu Putih
Vitamin E dan Ekstrak sireh.
Harga :  RM 23.00 125ml

Untuk  tempahan/pertanyaan boleh hubungi 

 PIRUL :- 012-4127044
 YATI    :- 017-4692291

boleh like kami di facebook


Thursday, September 20, 2012

.:: Tutorial Shawl ::.

 ~ Tutorial Shawl 1 ~
Credit from : FB Happylifeshoppe...

1. Pakai inner.. Letakkan shawl di atas kepala dgn sebelah pendek dan sebelah panjang.


2. Bawakan shawl sebelah yg pendek ke arah bertentangan, pada paras atas sedikit dari telinga. Pinkan shawl pada inner.


3. Pegang sebelah shawl yg lebih panjang, bawakan ke arah bertentangan seperti gambar 3.

4. Bawakan hujung shawl ke atas kepala secara sedikit silang spt gambar 5 dan pinkan. Biarkan bahagian hadapan shawl loose.

5. Kemaskan shawl anda, pinkan di bahu jika perlu.

6. Pandangan sisi, walaupun dipakai loose ia tetap cover bahagian belakang.

7. Siap.. our favourite style sbb mudah je nak pakai, sgt senang kannn.. :-)




~ Tutorial Shawl 2 ~
 Credit from : FB Happylifeshoppe...

1. Pakai inner.. Letakkan shawl di atas kepala dgn sebelah pendek dan sebelah panjang.

2. Bawakan shawl sebelah yg pendek ke arah bertentangan, pada paras atas sedikit dari telinga. Pinkan shawl pada inner.


3. Kemaskan di bahagian bahu, bentukkan supaya kelihatan bujur atau bulat, then pinkan kemas di bahu.


4. Bawakan sebelah yg panjang ke hadapan, silangkan atau twistkan shawl tersebut.


5. Bawakan shawl yg sudah disilang/twist tersebut ke atas kepala dan cuma letakkan sahaja secara loose. Letakkan peniti atau pinkan di atas kepasa supaya kemas. 


6. Pandangan belakang, walaupun dipakai loose ia tetap cover bahagian belakang.


7. Dah pun selesai.. ringkas dan cantik.. :-)


Selamat mencuba !



~ Tutorial Shawl 3 ~
Credit from : FB Happylifeshoppe...

Tutorial utk pemakaian shawl yg kemas terletak !

1. Letak shawl di kepala.. Biarkan sebelah pendek dan sebelah lagi panjang.

2. Pinkan kiri dan kanan selendang pada inner neck.. Shawl ni tak jarang, boleh dipakai tanpa inner neck.. Cuma kalau nak pemakaian yg kemas better dipakai dgn inner neck or anak tudung.


3. Kemudian kemaskan dan pinkan di bahagian belakang seperti gambar 3.


4. Pandangan hadapan setelah dipinkan di belakang.


5. Bawakan sebelah selendang yg pendek tadi ke arah bertentangan pada paras telinga.


6. pinkan atau letak jarum peniti sebelah yg pendek tadi.


7. Then, bawakan pula sebelah yang panjang ke arah bertentangan dan terus letakkan di atas kepala.. Adjust tahap labuh shawl yang diingini dan pinkan shawl dgn jarum peniti di atas kepala supaya shawl stay kemas.


9. Siap ! Selamat Mencuba ;)


~ Tutorial Tudung Bawal ~
Credit from : FB Happylifeshoppe...

Lipat tiga segi tudung bawal, bahagian bercorak/bunga berada di sebelah tepi kiri atau kanan BUKAN belakang...Lipatan sebelah dalam biarkan pendek sedikit. Letakkan di atas kepala dgn ukuran sebelah pendek dan sebelah panjang.. Sebelah pendek adjust agak-agak elok utk dipinkan di arah bertentangan spt gambar 1 dan agak elok utk cover leher/dada.

1. Bawakan bawal sebelah yg pendek tadi ke arah telinga bertentangan.

2. Tarik rapat bawal sebelah pendek rapat ke leher dan pinkan sama paras dgn telinga . Pinkan di inner. Adjustkan supaya terletak elok.

3. Tarik dan adjust sebelah yg panjang supaya bunga/corak berada dihadapan.. Betul-betulkan supaya corak tersebut cantik terletak.

4. Bawakan ke arah kepala, atas sedikit dari atas telinga dan pinkan.. Pastikan susunan corak dan bunga dikemaskan.

5. Dah pun siap.. Senang saja !... ^_^

Selamat Mencuba !



Tuesday, September 18, 2012

.:: Bahana Meninggalkan Solat ::.


Klik pada pic untuk nampak lebih jelas... :-)

.:: PoTonG KuKu IkuT SuNNaH NaBi ::.


.:: Shalawat 1X Bonus 10X ::.

Copy paste dari FB Ustaz Don Daniyal

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sekali, maka Allah akan bershalawat untuknya 10 kali”. (HR. Muslim: 384)


Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (QS. Al-Ahzab: 56)

Imam Al-Bukhari berkata, “Abul Aliyah berkata, “Shalawat Allah Ta’ala kepada beliau adalah pujian-Nya kepada beliau di hadapan para malaikat. Adapun shalawat para malaikat (kepada beliau) adalah bermakna doa (mereka untuk beliau).”

Diantara shalawat-shalawat yang telah dituntunkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam kepada umatnya, yaitu:
“Ya, Allah curahkanlah shalawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, curahkanlah barakah kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan barakah kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
(HR. Muttafaqun ‘Alaih)

Friday, September 14, 2012

Lawatan Y.Bhg.Datin Seri Rosni Omar, Isteri YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia


My Friends Dari kiri... Ila, Kak Maz, Kak Sue, Nisah, Shida pandangan belakang Library selepas hujan... pakat jalan nak p jamuan dengan pelbagai juadah.... 

 Me & Shida... ground floor in Library..

Ila & Shida

Wednesday, September 12, 2012

.:: JaMuaN HaRi RaYa ::.

Mini Cuppies Choc Moist untuk jamuan hari raya aidilfitri di sekolah haziq


Tuesday, September 11, 2012

.:: IkLaN JaMu MaNDaRa ::.

Anda ingin cergas dan berseri-seri? Cubalah Jamu Mandara 
 
Bebaskan diri anda dari kelesuan dan tidak bermaya.. Jamu Mandara pilihan terbaik. 

Anda ingin secantik bagai Bidadari? Cubalah Jamu Mandara.

Untuk dapatkan Jamu Mandara anda boleh hubungi saya (SITYAIZA-0194953285)

.:: SeT BeRSaLiN MaNDaRa ::.

Dapatkan Set Bersalin Jamu Mandara untuk penjagaan lengkap 60 hari.

Boleh Hubungi saya (Sityaiza 019-4953285)

Set Bersalin Mandara sesuai digunakan oleh ibu yang berpantang atau ibu yang baru mengalami keguguran. Set Bersalin Mandara merupakan set lengkap yang mengandungi:
  1. Jamu Mandara 1
  2. Jamu Mandara 2
  3. Barut
  4. Akar Kayu Mandara
  5. Minyak Angin Mandara
  6. Boreh Mandara
  7. Air Florida (untuk dibancuh dengan Boreh. Air ini untuk kegunaan luar sahaja)


Set Bersalin Mandara merawat dari dalam serta membantu mengembalikan bentuk badan yang cantik, dan hasilnya anda akan kelihatan berseri-seri , bertenaga & sentiasa sergas. 

Harga 1 set : RM150.00. murah & mampu dimiliki oleh semua kan..

Sunday, August 26, 2012

.:: Kek Puding CaRaMeL ::.


As salam.... Setelah seminggu lebih SITYAIZA HOMEMADE bercuti... sekarang tiba masanya untuk membaking semula...

Sempena pembukaan kedai selepas Aidilfitri... SITYAIZA HOMEMADE akan memberi special price for
 .::  Kek PuDinG CaRaMeL ::.
Call me now... !!!! 019-4953285

Monday, July 30, 2012

.:: Cocholate Moist Cake ~ OFFER for AIDILFITRI 2012 ::.

 
Limited Order... First Come First Serve...!!!
Call@SMS : 019-4953285 (Sityaiza)
pick up date : 13-16 ogos 2012

 CLOSE OFFER !!!!!!

Thursday, July 26, 2012

Solat Sunat Tahajjud


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.: “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”  (Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)


Tujuan Solat Tahajjud

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.


Cara mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.  Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut

2.  Niat solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3.  Surah selepas Al-Fatihah:
a,      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b.       Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
c.     Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

6.  Doa Solat Sunat Tahajjud

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan solat malam

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Wednesday, July 25, 2012

Solat Sunat Hajat



Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
.
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
.
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
.
.

 FADHILAT SOLAT HAJAT

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
.
.
.

PANDUAN SOLAT HAJAT

.
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.
.
.
.

 CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

.
Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
 .

1.  Lafaz dan niat:


“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah

.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)

“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
.
.
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)

“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
.
.

3.  Membaca Tasbih

.
a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
.
b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:
.
.

4.  Wirid Selepas Solat Hajat

.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)

“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir

“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)

“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.

5.  Doa Solat Hajat

  .
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.

.

AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.

  
.
Sslamat Beramal…!
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

ÙˆَالسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒَÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهُ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡