Friday, November 22, 2013

9 Kelebihan Emas Public Gold

Kelebihan #1 – Harganya lebih rendah dari kedai emas dan dari kebanyakkan pengeluar emas lain. Ini disebabkan Public Gold adalah kilang emas, bukan kedai emas. Harga yang lebih murah membolehkan kita beli emas lebih banyak dengan nilai duit yang sama.

Kelebihan #2 – Susut nilainya antara yang terendah (ini antara point penting), sekitar 4.5% – 8% jer. Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah mula untung. Tak perlu menunggu terlalu lama.

Kelebihan #3 – Stok sentiasa ada. Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Ada syarikat lain yang saya nampak, bila harga menjunam barang terus out of stock. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu.

Kelebihan #4 – Ada banyak cawangan seluruh Malaysia disamping dealer yang ramai. Ini memudahkan customer untuk urusan jual beli emas tanpa terlalu bergantung kepada dealer.

Kelebihan #5 – Public Gold jamin beli balik emas walaupun ianya calar, kemek, bengkok dsb tanpa berkurangan nilainya selagi berat emas tu masih kekal. Ia lebih peace of mind. Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan seal rosak pun dia tak jamin beli balik pada harga tinggi.

Kelebihan #6 – Sistem booking harga 24 jam sehari di mana harga disemak setiap 20 minit mengikut pergerakan sebenar harga emas dunia. Kita boleh booking harga 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga tinggi walaupun waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold, harga dah turun balik.

Kelebihan #7 – Keupayaan syarikat membeli balik emas dalam jumlah yang besar bila para pembeli menjual balik emas kepada Public Gold. Pernah satu masa bila harga emas mencanak naik, Public Gold membeli balik lebih kurang RM2 juta sehari ketika para pelabur mengaut keuntungan. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.

Kelebihan #8 – Emas yang disahkan tulen. Setiap emas yang dikeluarkan oleh Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

Kelebihan #9 – Tiada yuran sebenar menjadi ejen. Setiap belian emas RM20,000 dalam satu resit, anda secara automatik jadi dealer Public Gold dan mendapat rebat setiap belian (1% – 2%) dan jualan balik emas (0.5%) kepada Public Gold. Hakikatnya, percuma jer jadi dealer. Kalau beli emas RM20,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold. Banyak syarikat pengeluar emas mengenakan yuran sekitar RM1,000 untuk menjadi dealer tanpa mendapat emas walaupun sekeping gold bar 1 gram.

copy paste from blog mohdzulkifli.com

Tuesday, November 19, 2013

TIPS EMAS : Harga Paras Rendah 19 NOv 2013

Harga 1 dinar sekarang ni sekitar RM578. Harga tertinggi dalam sejarah ialah sekitar RM830 pada tahun 2011. Penurunan mendadak April 2013 lepas menyebabkan harga 1 dinar turun serendah RM550. Ia disebabkan sentimen pemulihan ekonomi US membuatkan semua pasaran komoditi berlaku penurunan. Sekarang adalah musim yang baik bagi sesiapa nak perbanyakkan pemilikan emas -19 November 2013

Jangan Bazirkan Emosi Dengan Harga Emas



Selalu orang menyesal tak beli emas masa harga rendah.

Hari tu dah menyesal sebab tak beli bila harga rendah RM605. Lepas tu harga naik RM638, jadi dia harap-harap harga turun balik. Lepas tu betul-betul harga turun balik ke RM598, tapi tak nak beli lagi sebab nak tunggu rendah lagi. Berapa rendah pun tak pasti, tapi nak paling rendah.

Sekarang harga emas naik balik ke RM607 - RM612, menyesal pulak lagi sekali sebab tak beli harga RM598... 

Saya selalu nasihatkan beli pada harga rendah, bukan paling rendah sebab pakar analisis harga emas pun tak tahu berapa harga paling rendah. Turun naik harga emas tu perkara biasa. Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas.

Beli, simpan dan lupakan emas tu... Ada duit nanti, baru monitor balik harga emas untuk buat belian seterusnya. Tak perlu monitor hari-hari... Jangan bazirkan emosi...


Aset Yang Kita Sendiri Pegang & Rolling

Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima pajakan emas Public Gold. 

Alhamdulillah...

Emas ialah aset pelaburan yang mudah dicairkan, dan boleh dirolling sebab emas tu kita pegang sendiri, bukan dipegang oleh pihak bank.

Bila-bila masa nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman segera. Bawa emas jer terus dapat pinjaman. Tak perlu slip gaji pun. Aset kita, kita sendiri yang rolling ikut kepandaian kita.

Tapi kalau simpan duit di bank, bank yang rolling duit tu. Investment kita seolah-olah beku sebab bank yang gandakan keuntungan pakai duit kita. Hasilnya, bank bagi kita dividen yang sekadar cover inflasi...

EMAS pada hakikatnya adalah WANG sedangkan duit yang kita gunakan ialah MATAWANG. Kata pakar precious metal Mike Meloney, emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Memiliki emas maksudnya kita memiliki duit sebenar...

Wallahu a'lam...

Tuesday, July 2, 2013

Jenis Emas Public Gold, Ketulenan Dan Kualiti

Public Gold menjual beberapa jenis produk emas yang sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan.
Sebelum anda membeli emas, kenali dulu jenis-jenis produk emas yang ditawarkan, supaya anda memilih produk yang sesuai dengan matlamat belian anda.

1. Gold Bar / Jongkong Emas / Gold Wafer

Produk emas ini berketulenan 24 karat dan kandungan emas nya adalah 999.9%.
Variasi pilihan yang ditawarkan bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 500g.
Setiap variasi produk ini potongan harga / spread / susut nilai nya berbeza. Secara umumnya, produk yang paling besar spread nya paling kecil, dan produk yang paling kecil spread nya paling besar.
Anda boleh dapatkan info lanjut mengenai Spread / Susut nilai produk emas Public Gold DI SINI


2. Dinar Emas / Gold Dinar Coin

Ramai yang keliru dan beranggapan Dinar bukan diperbuat daripada emas. Untuk makluman anda, Dinar Emas adalah emas tulen.
Ketulenannya 22 karat dan kandungan emas nya adalah 91.6% (916).
Setiap keping emas 1 Dinar mempunyai berat 4.25g.
Variasi yang ditawarkan oleh Public Gold bermula dari 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Sebagaimana gold bar, setiap variasi produk ini potongan harga / spread / susut nilai nya berbeza. Secara umumnya, produk yang paling besar spread nya paling kecil, dan produk yang paling kecil spread nya paling besar.


3. Emas Perhiasan / Barang Kemas / Jewellery

Ada 2 jenis emas perhiasan atau barang kemas yang ditawarkan iaitu I-SERIES dan D-SERIES.
D-SERIES singkatan untuk “Design Series” dimana variasi produknya ditawarkan dengan pelbagai design pilihan khusus untuk digunakan sebagai perhiasan. Anda boleh layarihttp://www.publicjewellery.com.my.
I-SERIES singkatan untuk Investment Series dimana variasi produknya cuma terdapat satu design sahaja untuk  semua jenis berat dari 10g, 20g, 50g dan 100g. Produk ini dikeluarkan berikutan permintaan tinggi untuk emas jenis ini bagi tujuan gadaian.
Kedua-dua produk ini berketulenan 22 karat, dngan kandungan emas 91.6%.


4. Ketulenan Produk Emas

Semua produk emas Public Gold telah diuji ketulenannya di makmal oleh Assayer yang bertauliah dan diiktiraf kepakarannya.
Setiap satu unit produk Emas Gold bar dan Dinar disertakan Certificate yang mengandungi butiran spesifikasi produk yang disahkan oleh KL Assay Office.

5. Kualiti Produk

Kualiti semua produk Public Gold adalah yang terbaik di Malaysia. Mereka menerima pengiktirafan daripada Malaysian Book Of Record bagi produk Emas dan Perak sebagai “1st Locally Manufactured Bullion Bar”.

Spread / Susut Nilai Emas

“Spread” adalah istilah yang hampir sama dengan Susut Nilai Emas dan biasanya ia dikira dalam bentuk peratus (%).
Ianya merujuk kepada potongan harga yang dikenakan apabila Emas dijual semula kepada penjual asalnya atau kepada penjual yang lain.

Perbezaan antara Spread dan Susut Nilai adalah:

Spread – Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan Dinar
Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas

Apa kaitan Spread dan Pelaburan Emas?

Dalam pelaburan emas, keuntungan dari kenaikan harganya hanya akan diperolehi apabila emas yang dibeli telah dijual semula, bermakna memilih Produk Emas Pelaburan yang mempunyai kadar Spread paling rendah adalah satu ciri yang paling penting dan perlu diutamakan berbanding saiz, berat dan ketulenannya samaada 999 atau 916.

Bagaimana kadar Spread boleh mempengaruhi Pelaburan anda?

2 perkara yang akan memberi kesan kepada pelaburan emas sekiranya anda memilih Produk Emas yang mempunyai kadar Spread yang rendah, iaitu:
1. Keuntungan akan lebih banyak
2. Tempoh meraih keuntungan akan lebih cepat
Bagaimana cara mengira untung dari kenaikan harga Emas berdasarkan spread produk yang dipilih?
Formulanya :
Harga Belian + % Spread + % Keuntungan Sasaran
Kajian Kes 1 :
Si A ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 10%, bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 15% baru beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Tetapi disebabkan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas sepanjang September 2011 hingga Ogos 2012 ini juga sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau masih belum berjaya meraih sebarang keuntungan melainkan beliau membelinya pada harga yang paling rendah, dan menjualnya pada paras yang paling tinggi dimana situasi tersebut adalah amat mustahil dicapai.
Kajian Kes 2 :
Si B ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 3.5%, bermakna beliau hanya perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 8.5% sahaja dan beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Dengan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas dari September 2011 hingga Ogos tahun 2012 sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau telah berjaya membuat 3 kali transaksi Beli-jual, Beli-jual dan Beli-jual dengan setiap satu transaksi memberikan keuntungan sebanyak 5%, bermakna keuntungan bersihnya adalah 15%.
Kesimpulan :
Pastikan anda memilih produk Emas yang paling rendah kadar spread untuk Pelaburan Emas anda.

Tuesday, June 4, 2013

KELEBIHAN PRODUK PUBLIC GOLD




  • Keuntungan akan jadi sangat cepat kerana harga mereka dikemaskini setiap 20 minit selaras dengan harga emas antarabangsa.
  • Keuntungan juga akan jadi lebih banyak kerana spread / susut nilai produk mereka adalah yang terendah di Malaysia, iaitu serendah 2% sahaja.
  • Urusan pengambilan dan jualan balik produk yang dibeli sangat mudah kerana mereka mempunyai 18 cawangan di setiap negeri.
  • Mereka berupaya membekalkan produk yang dipesan dengan pantas kerana mempunyai Refinery sendiri.
  • Mereka juga menyediakan perkhidmatan Public Safe untuk memudahkan pelanggan menyimpan produk yang dibeli di Peti Simpanan Selamat.
  • Mereka juga menyediakan perkhidmatan gadaian dan Arrahnu untuk produk Gold Bar, Dinar dan Silver.
  • Pelanggan boleh membuat Lock Price (Kunci Harga) terlebih dahulu ketika membuat belian dan juga jualan balik, setakat ini di Malaysia belum ada mana-mana syarikat yang berupaya menawarkan fasiliti Kunci harga untuk jualan balik.
  • Keupayaan kewangan yang kukuh untuk membeli semula produk mereka, setakat ini belian balik tertinggi sehingga RM6 Juta sehari dan RM32 Juta sebulan.
  • Public Gold juga telah diaudit dari segi kewangan dan Bussines Model oleh Bank Negara Malaysia dan mereka telah melepasinya tanpa sebarang masalah.
  • Visi pengukuhan syarikat yang besar dan mapan, iaitu untuk disenaraikan di Papan Utama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) menjelang September 2014.

.:: Tangy Tart Nanas ::.


Tangy Tart Nanas 
Lebih Besaq, Lebih Sedap, Lebih Cun ! Layan Habisssss
Call/Sms/WeChat : 019-4953285 Sityaiza

Hurry up !!!!!!

Thursday, May 23, 2013

Renungan buat aku dan anak2 ku...

Copy paste dari FB 
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Wahai anakku,
Seorang ibu adalah segalanya bagi anak. Ia mengatasi kasih sayangmu kepada ayahmu. Ia berada hanya dua langkah di belakang Allah dan Rasul. Ketahuilah bahawa Allah meredhaimu bilamana ibubapamu meredhaimu, dan Ia akan murka bilamana ibubapamu murka kepada-mu. Kerana itu, janganlah engkau memandang remeh terhadap kemarahan ibubapamu. Ketahuilah wahai anakku, cukuplah bagi seorang anak tidak dapat mengucap kalimah syahadah di saat nazaknya, hanya kerana ibunya berkecil hati dengannya.

Wahai anakku,
Aku sangat mengharap agar ibubapa sentiasa memaafkan kesalahan anak-anaknya, dan membuang jauh perasaan kecil hati terhadap kecuaian anak-anaknya. Untuk itu, sentiasalah engkau memohon kemaafan kepada keduanya, samada engkau bersalah atau tidak. Kemaafan terhadap ibubapa bukanlah kerana kesalahan dan dosamu kepada mereka, tetapi kerana kamu adalah anak dan mereka ibubapamu.

Wahai anakku,
Di saat kamu membesar dengan kenakalanmu, ibubapamu sentiasa mendoakan kejayaaanmu, sehingga ia sanggup berlapar demi kekenyangan-mu. Mereka sanggup berjaga malam dengan kesakitanmu dan mereka akan berusaha memenuhi kehendakmu. Alangkah besarnya pengorbanan mereka kepadamu. Mereka berkorban bukan mengharapkan balasan pemberianmu, atau menuntut sebarang balasan di waktu tua mereka. Kerana kamu akan memahami tanggungjawabmu terhadap mereka di saat itu.

Wahai anakku,
Masa terus berlalu dan kamu dibesar dengan penuh kasih sayang, didikan dan harapan. Kenakalanmu sewaktu kecil mengundang rasa gembira mereka melihatmu, berjalan jatuh, berlatih, berlari-lari dan gelak ketawa. Alangkah indahnya di saat itu. Suasana itu akan hanya dirasai oleh kamu bilamana kamu mempunyai anak nanti.

Wahai anakku,
Di saat kamu mulai mengenal dunia dan kawan-kawan, kamu bermain dan bergurau kamu dimarahi dan ditegur bahkan terkadang kamu dipukul. Sedarlah bahawa semua itu dibuat kerana sayangnya kedua ibubapamu kepadamu. Dia ingin kamu menjadi insan bertaqwa, beriman, berjaya dalam kehidupan sebagai hamba Allah. Engkau perlu belajar dan memahami bahawa betapa kemarahan dan teguran kedua ibubapamu kerana sayang mereka kepadamu. Jangan sesekali kamu memahami ia membencimu dengan kemarahan dan tegurannya.

Wahai anakku.
Kamu semakin dewasa menempuh alam yang penuh mencabar. Kamu membesar sebagai remaja yang mulai punya kenalan yang ramai, kawan pelbagai. Jenis dan perangai, bacaan yang pelbagai, dunia tanpa sempadan. Cabaranmu sangat menakutkan ibubapamu. Mereka bimbang engkau tersalah jalan hidup yang terus terjerumus ke lembah kerosakan, yang membawa engkau durhaka terhadap Allah. Mereka bimbang engkau mengabaikan sembahyang, mereka bimbang engkau terlibat dengan pergaulan bebas, mereka bimbang engkau terjerumus dengan dadah, dan seribu satu kebimbangan lagi.

Lantaran itu, wahai anakku, ketiadaan kamu merungsingkan filiran mereka. Adanya kamu di hadapan mata mereka sangat menyenangkan mereka. Maaflah mereka seandainya kebimbang-an itu menyebabkan kamu tidak bebas, kamu rasa terkongkong, dan kamu rasa rimas. Nanti bilamana kamu ada anak, kamu akan merasainya.

Wahai anakku,
Hidup ini sangat singkat untuk kamu durhaka kepada Allah. Maka sentiasalah engkau memohon kekuatan dari Tuhanmu dalam menempuh hidup yang penuh mencabar ini.

Salam sayang. Senyum.

Tuesday, May 21, 2013

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17 - 06:08:14 AM



Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. 


“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. 

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS. 

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai. 
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram. 

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global. 

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. 

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung. 

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. 

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan. 

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini. 

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. 

Tuesday, May 7, 2013

Emas Lagi Bagus Dari ASB dan Tabung Haji


as salamualaikum....
Kali ni  siti nak bagi ilmu skit.... 


di petik dari blog: mohdzulkifli

Dan yang bestnya bila beli emas ni, tak perlu risau pasal dividen banyak ataupun sikit. Sebabnya trend harga emas memang menaik dalam jangka panjang. Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni, kenaikan harga emas tak kurang dari 20% setahun.
Tapi kalau simpan ASB dan Tabung Haji, pulangan cuma sekitar 5% hingga 8% jer. Itu belum tolak inflasi 4%, dan zakat 2.5%. Bila tolak sana sini, pulangan bersih cuma sekitar 1% bagi Tabung Haji, dan 1.5% bagi ASB. Ah... jauh lebih baik simpan emas.
Kepada kawan-kawan yang nak beli emas, boleh juga contact saya. Saya boleh bantu, insyaAllah sebab saya 'terdaftar' jadi dealer emas Public Gold. Saya tak buat bisnes emas sebab modal tak besar, takut risiko terhilang emas, kena rompak, dan banyak benda hukum hakam jual beli emas yang belum clear. Uh... tak berani lagi...
So, setakat beli dan simpan, dan bantu kawan-kawan, insyaAllah.
Wallahu 'alam.


Setakat kajian saya, saya nampak beli emas Public Gold adalah yang terbaik untuk simpanan. Sebabnya banyak. Antaranya, senang beli, senang jual. Tak banyak syarat itu dan ini seperti tak boleh buka seal, tak boleh calar, tak boleh bengkok dsb.
Untuk semak harga emas semasa Public Gold, sila ke website:

Friday, May 3, 2013

Masa terbaik melabur


PROMOSI menjadi dealer public gold ..

dari 1 Mei hingga 31 Mei 2013 sahaja..

Normal Dealer -->> hanya perlu beli 1kg Silver bar x 5pcs

atau..

Sebarang kombinasi produk Public Gold dengan amaun MINIMUM keseluruhan dlm 1 belian RM20,000. 

Dengan harga emas dan silver yang murah giler ni, anda akan;

a) Berpeluang menjadi dealer Public Gold International Bhd. dengan hanya +-RM15k apabila anda memilih utk membeli jongkong perak.

atau

b) Berpeluang memiliki Gram emas yang lebih banyak dengan jumlah belian minima RM20k berbanding belian semasa harga emas lebih tinggi sebelum ini.

Cth; Katakan sebelum ini anda membeli 1 Dinar emas semasa harganya sekeping RM750, dengan wang sebanyak RM20,000 anda hanya boleh memiliki 26 keping emas 1 Dinar sahaja..

Berbanding dengan..

Anda membeli 1 Dinar emas yang ketika ini berharga RM649, dengan wang sebanyak RM20,000 anda boleh memiliki 30 keping emas 1 Dinar..!


Apa Kelebihan menjadi normal dealer Public Gold?

1. mendapat komisyen setiap kali membuat belian
2. mendapat komisyen setiap kali membuat jualan
3. boleh menggunakan perkhidmatan PSP (gadai emas ) di publicgold.
4. boleh menjana part time income dengan menjual emas tanpa perlu menyimpan stok
5. spread yang anda dapat lebih rendah berbanding pelanggan biasa.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi siti : 019-4953285 (Call/SMS/watapps/weChat)
http://www.publicgold.com.my/referral/PG032327/321841

Perbandingan emas yang sah di MALAYSIA


Kijang Emas
Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
Spread 1oz (4%), 1/2oz (6%), 1/4oz (8%) (source BNM Website)
Tidak boleh lock harga.
Tidak boleh booking.
Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
Stok sering habis.
Al-Rajhi Bank
Kiraan spread:
  1. 10 gram – 14.24%
  2. 20 gram – 12.74%
  3. 50 gram – 12.55%
  4. 100 gram – 12.08%
  5. 500 gram – 9.39%
  6. 1kg – 8.31%
  • Tidak boleh lock harga
  • Plastik tidak boleh dibuka
  • Tidak boleh calar
  • Resit mesti dibawa sekali
UOB Bank

  1. Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  2. Perlu dapatkan sendiri di OUB office hour 9:00 pagi – 4.30 ptg
  3. Stok selalu habis
  4. Mesti bawa resit asal masa jual balik
  5. Tidak boleh buka sarung
  6. Tidak beli semula jika tercalar, terguris, bengkok atau patah. Jika tidak OUB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
Pamp Suisse

  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu. Kalau di Kuching ada dijual di Kedai Habib Jewel, Spring
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
  • Kalau buka sarung akan tolak harga.
  • Kalau emas minting ada workmanship cost & kalau emas casting tidak ada workmanship cost
Kuwait Finance House Gold

  • Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
  • Spread RM5 segram (sederhana tinggi)
  • Cawangan yang terhad
  • Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
  • Sarung plastik emas tidak boleh dibukatak boleh calar dan tak boleh bengkok.
  • Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
  • Jika boleh digadai sekalipun akan menggunakan rate emas 950 sahaja =)
Bunga Raya

  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
  • Spread 15%-25%.
  • Buka sarung tolak harga.   

  • Barang Kemas
    • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
    • Harga tinggi berbanding pasaran.
    • Spread 20%-40%
    • Tidak di consider atau dikategorikan sebagai emas pelaburan



    Public Gold, Public Dinar dan Public Silver 
    • Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
    • Spread 5%-6% sahaja
    • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
    • Boleh booking dan lock harga 24 jam.
    • Independent Assayeryang SAH di Malaysia
    • Emas 999.9 – 20g, 50g, 100g & 250gram
    • Dinar Emas – 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar
    • Jongkong Perak – 250gram, 500gram & 1 kilogram
    So terfikir nak beli yang mana satu dah? Hubungi saya 019-4953285 jika anda berminat membeli emas Public Gold =)

    http://www.publicgold.com.my/referral/PG032327/321841

    Wednesday, May 1, 2013

    Bermula dari sekarang

    assalamualaikum....
    kali ni siti nak mengajak semua sahabat atau sesiapa sahaja untuk bertindak... kita tak perlu modal yang banyak....
    kita mulakan dengan membeli emas dinar sebulan 1dinar atau 2 bulan 1dinar secara konsisten....

    http://www.publicgold.com.my/referral/PG032327/321841

    Tuesday, April 30, 2013

    harga emas jatuh

    assalamualaikum....
    post kali ini siti nak cerita tentang emas pulak.... :-)
    memandangkan harga emas tengah jatuh.... jom ramai2 kita membeli emas sebagai pelaburan jangka masa panjang..... nilai emas semakin meningkat setiap tahun.... berbanding dengan nilai matawang yang semakin kecil...

    siti menyeru  kepada para ibu bapa agar menyimpan emas untuk pendidikan anak-anak kita. Anak-anak kita sangat bernilai...Aset bagi perlaburan kita di akhirat nanti, insyaAllah.
    Oleh itu, mulalah menyimpan emas agar mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada suatu hari nanti...

    Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu adalah kelemahan siti sendiri....


    1 dinar  
    berat 4.25gm (916)
    harga pada tarikh 30/4/2013
    RM647 
    harga berubah setiap 20 minit

    Harga mapu milik.....

    Jom kita sama2 melabur dlm bentuk emas fizikal.... 

    ____________________________________________________________

    Di petik dari blog jutawan emas
    ____________________________________________________________
    Salam sejahtera. Wow! harga emas jatuh banyak? Apa nak buat?
    Jawapannya, beli stok emas fizikal sementara stok masih ada.
    Untuk pengetahuan anda stok emas fizikal di bank-bank kebanyakannya dah tiada!
    Saya mendapat sms dari rakan-rakan yang pergi ke bank, mereka memaklumkan kepada saya stok emas fizikal habis.
    Orang berpusu-pusu membeli emas fizikal kerana harganya jatuh banyak.
    Jadi, apabila harga emas jatuh banyak, beli emas fizikal. Simpan emas sebagai aset @ harta anda.
    Jangan ingat bila harga emas jatuh teruk maka orang takut untuk membeli emas. Ini adalah masa memborong emas!
     Soalan: Bilakah masa terbaik untuk membeli aset @ harta? Sudah tentu bila harga aset tersebut jatuh.
    Bagi mereka yang membeli emas untuk keuntungan pelaburan, mungkin akan rasa resah sebab harga emas jatuh, jadi kena tunggu lagi. Bagi mereka yang membeli emas sebagai aset@ harta. Memang mereka akan senyum. It’s all about mind setting!



    http://www.publicgold.com.my/referral/PG032327/321841

    Wednesday, February 20, 2013

    20 Feb 2013

    Alhamdulillah.....
    Hari ni genap 6 Tahun umur Muhammad Haziq Syahmi...
    Selamat Hari Lahir anakku sayang.... Mama n Abah doakan semoga haziq membesar dengan penuh keimanan dan ketakhwaan... Semoga Haziq menjadi seorang insan yang menghormati ibu bapa dan org tua... Serta berjaya dia dunia dan akhirat... Amin..