Tuesday, July 2, 2013

Jenis Emas Public Gold, Ketulenan Dan Kualiti

Public Gold menjual beberapa jenis produk emas yang sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan.
Sebelum anda membeli emas, kenali dulu jenis-jenis produk emas yang ditawarkan, supaya anda memilih produk yang sesuai dengan matlamat belian anda.

1. Gold Bar / Jongkong Emas / Gold Wafer

Produk emas ini berketulenan 24 karat dan kandungan emas nya adalah 999.9%.
Variasi pilihan yang ditawarkan bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 500g.
Setiap variasi produk ini potongan harga / spread / susut nilai nya berbeza. Secara umumnya, produk yang paling besar spread nya paling kecil, dan produk yang paling kecil spread nya paling besar.
Anda boleh dapatkan info lanjut mengenai Spread / Susut nilai produk emas Public Gold DI SINI


2. Dinar Emas / Gold Dinar Coin

Ramai yang keliru dan beranggapan Dinar bukan diperbuat daripada emas. Untuk makluman anda, Dinar Emas adalah emas tulen.
Ketulenannya 22 karat dan kandungan emas nya adalah 91.6% (916).
Setiap keping emas 1 Dinar mempunyai berat 4.25g.
Variasi yang ditawarkan oleh Public Gold bermula dari 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Sebagaimana gold bar, setiap variasi produk ini potongan harga / spread / susut nilai nya berbeza. Secara umumnya, produk yang paling besar spread nya paling kecil, dan produk yang paling kecil spread nya paling besar.


3. Emas Perhiasan / Barang Kemas / Jewellery

Ada 2 jenis emas perhiasan atau barang kemas yang ditawarkan iaitu I-SERIES dan D-SERIES.
D-SERIES singkatan untuk “Design Series” dimana variasi produknya ditawarkan dengan pelbagai design pilihan khusus untuk digunakan sebagai perhiasan. Anda boleh layarihttp://www.publicjewellery.com.my.
I-SERIES singkatan untuk Investment Series dimana variasi produknya cuma terdapat satu design sahaja untuk  semua jenis berat dari 10g, 20g, 50g dan 100g. Produk ini dikeluarkan berikutan permintaan tinggi untuk emas jenis ini bagi tujuan gadaian.
Kedua-dua produk ini berketulenan 22 karat, dngan kandungan emas 91.6%.


4. Ketulenan Produk Emas

Semua produk emas Public Gold telah diuji ketulenannya di makmal oleh Assayer yang bertauliah dan diiktiraf kepakarannya.
Setiap satu unit produk Emas Gold bar dan Dinar disertakan Certificate yang mengandungi butiran spesifikasi produk yang disahkan oleh KL Assay Office.

5. Kualiti Produk

Kualiti semua produk Public Gold adalah yang terbaik di Malaysia. Mereka menerima pengiktirafan daripada Malaysian Book Of Record bagi produk Emas dan Perak sebagai “1st Locally Manufactured Bullion Bar”.

No comments:

Post a Comment