Tuesday, July 2, 2013

Spread / Susut Nilai Emas

“Spread” adalah istilah yang hampir sama dengan Susut Nilai Emas dan biasanya ia dikira dalam bentuk peratus (%).
Ianya merujuk kepada potongan harga yang dikenakan apabila Emas dijual semula kepada penjual asalnya atau kepada penjual yang lain.

Perbezaan antara Spread dan Susut Nilai adalah:

Spread – Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan Dinar
Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas

Apa kaitan Spread dan Pelaburan Emas?

Dalam pelaburan emas, keuntungan dari kenaikan harganya hanya akan diperolehi apabila emas yang dibeli telah dijual semula, bermakna memilih Produk Emas Pelaburan yang mempunyai kadar Spread paling rendah adalah satu ciri yang paling penting dan perlu diutamakan berbanding saiz, berat dan ketulenannya samaada 999 atau 916.

Bagaimana kadar Spread boleh mempengaruhi Pelaburan anda?

2 perkara yang akan memberi kesan kepada pelaburan emas sekiranya anda memilih Produk Emas yang mempunyai kadar Spread yang rendah, iaitu:
1. Keuntungan akan lebih banyak
2. Tempoh meraih keuntungan akan lebih cepat
Bagaimana cara mengira untung dari kenaikan harga Emas berdasarkan spread produk yang dipilih?
Formulanya :
Harga Belian + % Spread + % Keuntungan Sasaran
Kajian Kes 1 :
Si A ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 10%, bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 15% baru beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Tetapi disebabkan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas sepanjang September 2011 hingga Ogos 2012 ini juga sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau masih belum berjaya meraih sebarang keuntungan melainkan beliau membelinya pada harga yang paling rendah, dan menjualnya pada paras yang paling tinggi dimana situasi tersebut adalah amat mustahil dicapai.
Kajian Kes 2 :
Si B ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 3.5%, bermakna beliau hanya perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 8.5% sahaja dan beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Dengan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas dari September 2011 hingga Ogos tahun 2012 sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau telah berjaya membuat 3 kali transaksi Beli-jual, Beli-jual dan Beli-jual dengan setiap satu transaksi memberikan keuntungan sebanyak 5%, bermakna keuntungan bersihnya adalah 15%.
Kesimpulan :
Pastikan anda memilih produk Emas yang paling rendah kadar spread untuk Pelaburan Emas anda.

No comments:

Post a Comment