Public Gold menjual beberapa jenis produk emas yang sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan.
Sebelum anda membeli emas, kenali dulu jenis-jenis produk emas yang ditawarkan, supaya anda memilih produk yang sesuai dengan matlamat belian anda.
1. Gold Bar / Jongkong Emas / Gold Wafer
Produk emas ini berketulenan 24 karat dan kandungan emas nya adalah 999.9%.
Variasi pilihan yang ditawarkan bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 500g.
Setiap variasi produk ini potongan harga / spread / susut nilai nya berbeza. Secara umumnya, produk yang paling besar spread nya paling kecil, dan produk yang paling kecil spread nya paling besar.
Anda boleh dapatkan info lanjut mengenai Spread / Susut nilai produk emas Public Gold DI SINI
2. Dinar Emas / Gold Dinar Coin
Ramai yang keliru dan beranggapan Dinar bukan diperbuat daripada emas. Untuk makluman anda, Dinar Emas adalah emas tulen.
Ketulenannya 22 karat dan kandungan emas nya adalah 91.6% (916).
Setiap keping emas 1 Dinar mempunyai berat 4.25g.
Variasi yang ditawarkan oleh Public Gold bermula dari 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Sebagaimana gold bar, setiap variasi produk ini potongan harga / spread / susut nilai nya berbeza. Secara umumnya, produk yang paling besar spread nya paling kecil, dan produk yang paling kecil spread nya paling besar.
3. Emas Perhiasan / Barang Kemas / Jewellery
Ada 2 jenis emas perhiasan atau barang kemas yang ditawarkan iaitu I-SERIES dan D-SERIES.
No comments:
Post a Comment