Tuesday, December 20, 2011

Monday, December 19, 2011

.:: KeNaLi JaMu MaNDaRa ::.

Pertama kali anda mendengar tentang Jamu Mandara? Jamu Mandara dirumuskan dari rempah ratus dan herba yang tiada ternilai khasiatnya buat si dara & wanita.

Selain dari menjadi awet muda, wanita juga mendapat banyak khasiat daripada jamu ini. Bagi mereka yang baru bersalin, selain tampak sihat, jamu ini merawat dalaman rahim dan juga segera menyembuh pangkal rahim. Untuk si dara, jamu ini pastinya mengekalkan kecergasan & keserian wajah agar tampil lebih anggun. Anda pasti puas hati apabila mengamalkan Jamu Mandara kerana kesannya menjangkau hingga ke hujung usia. Jadikanlah Jamu Mandara sebagi teman sejati anda untuk penghidupan yang lebih harmonis.

Anda pasti jatuh cinta apabila mencubanya. Cuba la... Jika kita sihat dan tampak cantik pastinya akan memberi ketenangan dalam jiwa kita.

Singgah la beli barang yang anda suka..
Jika ada pertanyaan, jangan la malu untuk kirimkan email kepada : mandarasolution@gmail.com



JAMU MANDARA

Jamu Mandara dihasilkan dari rempah ratus dari alam semulajadi yang kaya dengan khasiatnya. Resepi turun temurun dan kini diwarisi untuk dikongsi khasiatnya serta kehebatannya.

PRODUK MANDARA

Produk Mandara terdiri dari:
  • Jamu Mandara 1 ~ untuk si dara & wanita
  • Jamu Mandara 2 ~ untuk si dara, wanita & lelaki
  • Set Bersalin Mandara ~ untuk ibu yang bersalin & mengalami keguguran

Jamu Mandara 1 ~ sesuai untuk si dara, wanita yang telah berkahwin dan juga telah melahirkan anak. Khasiatnya sangat baik untuk mengembalikan kehebatan seperti malam pertama. Ia juga membantu mengatasi senggugut serta mengembalikan tenaga. Untuk melengkapkan khasiat Jamu Mandara 1, boleh diikuti dengan pengambilan Jamu Mandara 2.

Jamu Mandara 2 ~ sesuai untuk gadis atau wanita dan juga kaum lelaki.

Set Bersalin Mandara ~ merupakan set lengkap untuk ibu yang sedang berpantang atau mengalami keguguran. Pastikan anda mencubanya. kebiasaan tempoh berpantang adalah masa yang sangat sesuai untuk si ibu merehatkan diri, membelai diri dan memanjakan diri dengan Set Bersalin Mandara. Setelah menggunakannya, anda akan terasa umpama perubahan yang sangat menakjubkan apabila diri terasa anggun, cergas dan berseri-seri seperti masih perawan. Cubalah.. anda pasti merasai kehebatannya.

Jamu ini berdaftar dengan KKM dan kapsul yang digunakan adalahHALAL.

LARANGAN ~ elakkan mengambil jamu ini jika anda mengandung & semasa haid.

KEHEBATAN MANDARA

Sejak Jamu Mandara diperkenalkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan komen-komen yang diberikan cukup positif. Khasiat dapat dirasai dengan 2 kali pengambilan. Pastikan anda mengambil Jamu Mandara dengan kuantiti air yang banyak untuk kesegaran tubuh.

Harganya sangat berpatutan! Kenapa perlu membazir? Cubalah dan anda pasti akui kehebatannya..InsyaAllah.

PERTANYAAN TENTANG JAMU MANDARA

Apakah Khasiat Jamu Mandara 1

Digunakan secara traditional untuk

• Melegakan kepenatan fizikal

• Melegakan keputihan serta melegakan senggugut

• Melancarkan perjalanan haid

• Menyihatkan badan selepas bersalin

(Sesuai untuk si dara & wanita)



Apakah Khasiat Jamu Mandara 2

Digunakan secara traditional untuk

• Mengurangkan berat badan

• Membuang angin

• Membantu penghadaman

• Melegakan sembelit yang ringan

(Sesuai untuk kegunaan lelaki & wanita)



S: Bolehkah JM dimakan semasa datang haid?

J: JM perlu dihentikan pengambilannya semasa haid dan boleh dimakan semula selepas haid berhenti.



S: Jamu manakah yang sesuai untuk wanita yang baru bersalin?

J: Wanita yang baru bersalin atau berpantang perlu mengambil JM1 setiap hari sehingga habis dan diikuti dengan JM2 (selama 60 hari). Kedua-dua set tersebut saling melengkapi untuk kesihatan wanita selepas bersalin.



S: Bilakah permulaan yang sesuai untuk mula mengambil JM selepas bersalin Normal & Ceaser?

J: Untuk ibu yang bersalin kaedah Normal: JM sesuai diambil pada hari ke 2 atau ke 3.

Untuk ibu yang bersalin kaedah Ceaser: JM sesuai diambil selepas semua antibiotic dihabiskan.



S: Bolehkah ibu yang menyusukan anak mengambil JM & adakah kesan pada bayi?

J: sudah tentu Boleh sebab JM merupakan sebahagian dari set bersalin Mandara. Mengikut testimoni dari pelanggan, ibu akan sentiasa sihat kerana tiada angin dalam badan, maka air susu akan bertambah. Manakala bayi pula tidak akan kembung & senang membuang angin akibat pengambilan jamu oleh si ibu yang menyusu.



S: Bolehkah JM1 dan JM2 dimakan serentak?

J: Sebolehnya dimakan berasingan. Ini bermakna habiskan JM1 dan baru diikuti dengan JM2. Ini adalah supaya pelanggan akan merasai perbezaan khasiat antara kedua-dua jamu tersebut. Selepas merasainya, maka pelanggan boleh meneruskan untuk mengambil mana-mana jamu sebagai amalan seterusnya.



APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG JAMU MANDARA



 Jamu Mandara adalah warisan bonda turun temurun yang dipelajari dari seorang guru agama dari Indonesia.

 Jamu Mandara telah diluluskan pendaftarannya oleh Biro Farmaseutikal, KKM.

 Jamu Mandara diberi sijil HALAL dan menggunakan Halalgel.

 Jamu Mandara diproses dari 33 jenis herba.

 Jamu Mandara adalah buatan Malaysia dan tidak mengandungi sebarang bahan terlarang atau bahan kimia.

 Jamu ini terbukti mendapat sambutan disebabkan oleh khasiatnya.

 Terdapat khasiat yang tidak dinyatakan di kotak atas arahan KKM iaitu membantu menegangkan buah dada, mengetatkan faraj dan mencantikan kulit muka. Khasiatnya bergantung kepada sistem badan masing-masing.

 Jika anda mempunyai keputihan, keputihan akan keluar dengan banyaknya pada peringkat awal pengambilan JM. Ini adalah perkara normal dan seterusnya keputihan akan berhenti. Begitu juga sekiranya terdapat darah kotor di dalam badan, darah akan keluar sehingga bersih setelah pengambilan JM.

 Kita sebagai hambanya hanya berusaha, yang mengizinkan sesungguhnya dari Allah swt.

Wednesday, November 23, 2011

.:: Design Card ::.

Depan Kad

Belakang Kad

Ini adalah salah satu dari hobi aku..... kalau aku bosan-bosan... datanglah idea-idea begini.... mmg best bila kita dapat design yang kita inginkan....

Kad ni aku design khas untuk SIL.. Kak siti harap Yatie menyukainya.....

Sebenarnya dah lama aku dok blajar design... aku belajar sendiri ja.... tapi sblm ni tak banyak pendedahan... aku belajar design guna power point ja..... nak guna Photoshop aku x berapa nak reti.....lama kelamaan... Dekan aku perkenalkan kepada kami GIMP . Mula tu mmg x pernah dengar apa benda la benda GIMP ni.... pastu aku google n cari tutorial.... alhamdulillah.... aku try n try n try.... Rupa-rupanya GIMP ni bleh buat macam2.....

Nanti aku update kad yang dah siap di cetak....

Kepada Yatie & Firul Selamat Pengantin Baru.... Semoga rumahtangga anda di berkati dan dilindungi olehNYA... Amin.....


Friday, November 18, 2011

~ JaMuAn AkHiR TaHuN 2011 ~


Selasa, 15 nov ada jamuan akhir tahun di sekolah Haziq. Apa yang aku nak buat untuk dia bawa ke jamuan tersebut. Nak buat cupe cake satgi x cukup plk untuk tiap2 org... so... jadilah 2 biji kek besaq seperti di atas ni.... budak2 kan suka warna-warni n coklat-coklat ni..... buat kek mcm ni... leh la pakat-pakat mkn sorang sikit....

Di sebabkan Haziq slalu sangat dok sebut-sebut pasal Angry Bird... Mama buatlah kek Angry Bird Edible Imej ni. Gambar Angry Bird yang besar tak ada, yang ada hanya yang kecik comel2 khas untuk cupecake ni.... Ini je la yang mampu mama buat untuk Haziq bawak ke sekolah....

Sekejap je masa berlalu.... skarang dah tengah bulan nov 2011, hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk kita melangkan ke Tahun 2012. Tamat sudah sesi persekolahan Haziq di Tadika An-Najaah, Arau. Tahun hadapan insyaallah Haziq akan menyambung pelajarannya di situ lagi.

SELAMAT BERCUTI kepada anakku....

Wednesday, November 16, 2011

~ BuAh NaGa MeRaH ~

Saja je ni upload gambar Dragon Fruit
Buah kegemaran Hazim Syafiq

KEBAIKANNYA

Tingkat daya tahan
Kurangkan metabolisma badan
Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
Kurangkan tekanan emosi
Neutralkan toksik dalam darah
Cegah kanser usus
Cegah kandungan kolesterol tinggi
Turunkan kadar lemak

Monday, November 14, 2011

~ Chiken Grill ~



Cuti minggu ni.... menu untuk mkn mlm adalah western food je.... bukan apa... sos black papper yang aku amsak kelmarin banyak lagi lebih... sayang la plk nak buang... kalau nak simpan entah bila plk nak di mknnya.... aku cuma beli 2 peha ayam je... lain semuanya dah ada.... ayam kejap je untuk di perap.... aku perap ayam ni... lbh kurang 8 jam je kot.... kalau mkn dkt kedai sepinggan seorang katakan RM9 -RM11 tidak cukup.... ha ni untuk 2 org mkn... harga lbh kurang sepinggan di kedai.... sepinggan penuh... amik kau....

LAYANZZZZ.....


~ BeeF Steak ~



Alhamdulillah...... dah lama aku ingin masak western food... akhirnya hujung minggu lps tercapai jugak....
Daging ni pun bukannya aku beli pun.... mak aku bagi daging korban seplastik... dok pk nak masak apa la dengan daging yang banyak ni.... so apa lagi... buat steak la... ni la rupa steak aku... x payah pun.... mmg senang je....
Daging ni asalnya aku nak perap seharian je... so asyik tertangguh je.... jadinya 3 hari aku perap daging ni... mmg lembut lah.... dan terasa rempahnya....


RESEPI

Bahan-bahan:

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk. Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Sos lada hitam

( Sos ni boleh mkn 6-8 org... kalau untuk 2 org mkn je lebih baik buat 1/2 dari adunan)

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
1/2 tin cendawan butang di potong 4
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!!!

Thursday, October 20, 2011

Buat Pengajaran

hari ni adalah hari pengajaran untuk ku... tapi bukan niat d hati ini.... aku akan cuba berubah sedikit demi sedikit.... maafkan aku.....

:: Resepi ~ Snow Cheesecake ::


Resepi ni aku google.... aku pun x ingat amik dkt blog mana.... thank u kepada yang share resepi ini..... pada tuan empunya... mintak izin aku share dkt blog aku plk ye....

Bahan-Bahannya:

6 bji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gm gula halus
100 gm tpg hong kong/blue key superfine...tpi aka guna tpg gandum biasa je
60 gm tpg jagung
50 gm air sejuk dr peti ais
1 sdt baking powder
2 sdm ovalet
75 gm butter (d cairkn)


UTK KRIM/TOPPING:
1 kotak cream cheese philadelphia..akak guna tatura cheese
1/2 tin susu manis..satu kn kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2


Utk HIASAN :
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkn)


Cara2 membuat:
masukkn semua bhn2 kecuali butter cair. putar.
putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. akhir sekali masukkn butter cair. putar lagi, sehingga sebati.
sedia kn acuan yg telah d alas kertas minyak.
bakar dlm oven dgn mengguna kn api atas n bawah selama 45 mins ke 1 jam, 150c or 160c
bila masak biarkn sejuk. bila dh sejuk belah kek mnjadi 2 bhgian.
sapukn krim cheese d atas separuh kek tdi, kemudian letak kn sebahagian lagi kek d atasnya.
sapukn lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
akhir sekali taburkn cheese kraf yg d parut tdi ke seluruh kek.
msok kn dlm peti ais dlm 1-2 jam. lepas tu bru potong n makan...
terima kasih myresipi n yg empunya rcp..


Tuesday, October 18, 2011

.:: Anak-Anak Tersayang ::.

Haziq... bila abahnya nak ambik gambar mcm2 mimik muka di buatnya.... kalau x ambik gambaq dia tahu plk merajuk.... mcm2 perangai anak-anak ini...

Terasa kesayuan bila ku merenung mata si anak ini....

Friday, October 14, 2011

.:: Jamu MANDARA ~ pamplet ::.


Jika ingin dapatkan Jamu MANDARA.... saya SITYAIZA adalah egen yang sah yang dilantik oleh Mandara Solutions Enterprise. Just u call me @ sms 019-4953285 / YM sityaiza@yahoo.com / FB Sityaiza Harisaza.... ok.... daaaaaa...

.:: Resepi Apom Polkadot ::.


Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasaPewarna

Cara-cara:
  1. Masukkan Telur, gula dan ovellete di dalam satu bekas serta di pukul dengan kelajuan Maxima sehingga kembang dan menjadi putih.
  2. Masukkan susu dan tepung (yang telah diayak bersama baking powder) dengan kelajuan yang paling minima.
  3. Setelah sebati bahagikan kepada beberapa bahagian untuk di letakkan pewarna.
  4. Masukkan setiap bahagian tadi kedalam piping bag.
  5. Aturkan paper cup ke dalam acuan lompang kemudian paipkan 1/3 dari paras papercup tersebut.
  6. Masukkan filing blueberry 1/2tsp, kemudian paipkan semula adunan tadi sehingga hampir penuh.
  7. Dot-dotkan sehingga habis
  8. Kukus selama 15 minit
  9. Dah masak leh la makan....
**SELAMAT MAJU JAYA**

kalau korang nak order pun boleh.... :) call me 019-4953285(sity) @ Enter My Bizz Cake

Wednesday, October 12, 2011

.:: Jamu MANDARA ::.

Hai sahabat-sahabatku.... hari ni aku nak posting jamu baru dekat korang.... mungkin sesetengah anda pernah mendengarnya.... Tapi tidak mengapa.... Korang bacalah serba sedikit keterangan tentang jamu ni ye... Dan aku nak Promot dekat korang skali :)

Jamu Mandara 1 & Jamu Mandara 2

Khasiat Jamu Mandara

JAMU MANDARA 1
Cara Pengambilan~ diambil 2 kali sehari (pagi & petang) sebelum makan.
Kuantiti Kapsul~ 60
Harga~ RM35.00 (SM) & RM38.00 & (S&S) (pos dikenakan caj penghantaran RM5.00)
Khasiat:~Mengembalikan kecergasan & awet muda, mengetatkan faraj dan menguatkan rahim, menghilangkan keputihan, mengurangkan senggugut dan membetulkan sistem kitaran haid, menyahkan angin dari badan, memulihkan sendi-sendi, menyembuh luka dalaman dan membantu mengembalikan berat badan ideal.

JAMU MANDARA 2
Cara Pengambilan ~ diambil 2 kali sehari (pagi & petang) sebelum makan.Khasiat~ Membantu melawaskan, menyahkan angin dalam badan dan membantu menurunkan berat badan.

Kuantiti Kapsul~ 60
Harga~ RM35.00 (SM) & RM38 (S&S) (pos dikenakan caj penghantaran RM5.00)

Set Bersalin Mandara

Set Bersalin Mandara sesuai digunakan oleh ibu yang berpantang atau ibu yang baru mengalami keguguran. Set Bersalin Mandara merupakan set lengkap yang mengandungi:
  1. Jamu Mandara 1
  2. Jamu Mandara 2
  3. Barut
  4. Akar Kayu Mandara
  5. Minyak Angin Mandara
  6. Boreh Mandara
  7. Air Florida (untuk dibancuh dengan Boreh. Air ini untuk kegunaan luar sahaja)
Set Bersalin Mandara merawat dari dalam serta membantu mengembalikan bentuk badan yang cantik, dan hasilnya anda akan kelihatan berseri-seri , bertenaga & sentiasa sergas. 

Harga 1 set : RM150.00. murah & mampu dimiliki oleh semua kan..

Ok korang dah selesai membaca keterangannya....
Jika korang berminat dengan Jamu ini dan korang ingin mencubanya.... Jangan malu dan segan korang boleh sms/call 019-4953285.
Tidak rugi jika korang mencubanya.... untuk kecantikkan anda juga....

Ketengan lebih lanjut sila klik sini

Monday, October 10, 2011

.:: Continental Cakes ::.

Alhamdulillah.... ini adalah kali ke 2 aku aku attend class cake... 1st class aku attend basic cupecake class dkt kak rani.... time tu aku sarat mengandung adik hazim.... setelah sekian lama aku tak pegi class.... sabtu lps seruan untuk attend class untuk kali ke 2 plk.... alhamdulillah.... walaupun aku sampai lewat... aku tidak ketinggalan....huhuhuhu... class mula jam 9.30pg, aku sampai jam 10pg..
Kak Najah adalah sifu aku yang ke 2... Thanks kak najah....

mintak izin dari kak najah untuk pamer di blog sity.... x sempat nak bawak camera hari tu... kaluit.... huhuhuhu

Selepas ini... pada sesiapa yang nak order kek-kek tersebut.... jangan malu dan jgn segan ye... call sity : 019-4953285

Italian Rainbow Cake

Russian Black and White Cake

Carrot Walnut Cake with Creamcheese frosting

Kengkawan yang attend class... sempoi2 semua... miss u all

Tuesday, October 4, 2011

Adoila......

Entah kenapa dgn perut aku hari ni..... Asyik meragam je....Pepagi buta, dalam perjalanan nak mai kerja... aku dah singgah dkt shell arau selepas sahaja hantar anakku ke sekolah An-Naajah.... terasa lega lah selepas itu..... sesampai saja dkt ofis.... perut memulas plk..... dah la dkt opis aku x dak air.... alahai.... mujurla ada sebotol mineral yang aku beli hari tu.... dgn x tahan... sekali lagi membuang.... pastu x berani nak mkn pagi.... aku p ambik air dkt lab kak su dulu takut tgh2 mkn x sempat nak lari mana.... mmg sungguh jangkaan aku... dlm tgh mkn... memulas plk..... sekali lagi.... aduh... dah x tahan dah.... kalau ada air lain la ceritanya.... sampai ke ptg ni... masih memulas lagi perut aku ni... walaupun aku dah telan seplastik pil chi kit teck aun..... mau boleh pengsan aku kalau ianya berlarutan..... huhuhuhuhuhu.... mudah-mudahan cepat sembuh..... amin....

Report Card Haziq

aku nak cerita sedikit tentang persekolahan anakku si HAZIQ SYAHMI.... Minggu ura2 kata perlis nak banjir.... hari isnin tu adalah hari pertama untuk ujian di sekolah haziq.... time pagi kami hantaq haziq dkt sekolah An-Naajah... mmg tgk air longkang depan tu dah melimpah.... dlm hati aku berkata ni dok tunggu masa saja ni cikgu sekolah haziq nak call suruh p ambik wak lik.... tup-tup jam 10 pg cikgu sekolah hazoq call.... maka tak jadi la ujian untuk hari ini....
so... keesokan hari air pun semakin surut.... maka barulah bermulanya ujian..... diikutkan dalam jadual yg cikgu edar, tempoh ujian adalah seminggu..
2 Minggu berikutnya aku tanya la haziq....
Aku : "cikgu dah bagi tau ka haziq dapat no berapa dalam ujian????"
Haziq : "cikgu bagi tau kata haziq dapat no 5."
Aku : "Baguslah kalau no 5. Pastu... sapa yang dapat no 1,2,3,4?"
Haziq : "No 1 si A, no 2 si B, blaaaa.......(aku x ingatdah dia dok habaq nama2 kawan2 dia)

Pastu.... bila abah dia tanya pun dia bagi tau benda yang sama... aku pun percaya la.... Hari jumaat lps.... cikgu edarkan report card sorang satu untuk ditandatangani oleh ibubapa.... Rupa-rupanya.... haziq dapat no 3 dari 14 org budak kelasnya (Pre-Kg 4 yr). Alhamdulillah.... syukur... sekurang-kurangnya dia dapat mengikut apa yang cikgu-cikgunya mengajar tiap2 hari.... dan alhamdulillah....dia dapat menghafal ayat2 lazim, ayatulkursi, surah yasin(4 5 6 ayat), serba sedikit step-step solat (walaupun kekadang tidak berapa nak betul) alhamdulillah la... selama setahun kami hantaq Haziq ke sekolah An-Naajah... ada perubahan pada diri dia.... aku bersyukur Ya Allah.... kalau harapkan kami mengajarnya di rumah mgkn dia tidak akan dapat ilmu sebanyak ini..... cuba bayangkan.... Isnin-Jumaat : rutin, kejutkan haziq seawal jam 6.30am... mandi dan bersiap untuk ke sekolah.... jam 7 bertolak ke tempat kerja.... sampailah jam 5.30ptg paling awai pulang.... mau tak mau sampai rumah jam 6 ptg, itu kalau x singgah mana..... kalau singgah menyinggah.... mau tak mau jam 6.30ptg @ 7 mlm..... sampai umah... kekadang haziq dah terlena dlm kerata.... time mana nak mengajar dia????
mmg tidak sia-sia mama dgn abah hantaq haziq pergi mencari ilmu.... bukan untuk orang lain.... untuk diri haziq di kemudian hari... Blajar Rajin-Rajin ye anak mama....

Thursday, September 29, 2011

ALAMAK!!!!!!!!!!

Baru ku sedar.... rupanya lesen aku dah tamat tempoh..... baru pagi tadi aku check lesen.... tgk2 tarikh mati ialah 20/9/2011..... rupanya dah seminggu lebih aku dok bawak kereta tanpa lesen.... alhamdulillah la x jumpa roadblock.....
Sebelum aku pindah ke kuala perlis ni.... mmg jejarang sgt la aku drive..... sbb itu aku leh lupa.... semenjak berpindah ke kuala perlis ni.... ha... mau x mau aku kena berulang alik dari kuala perlis-arau ambik anakku dkt skolah.... so arau-kangar hantar haziq umah mengasuh.... then kangar-kuala perlis ambik asben lak..... beginilah kitaran perjalanan aku tiap2 hari jika balik kerja lambat.... hari-hari menghabiskan masa di atas jalan sahaja entah berapa jam.... lebih banyak dari berada di rumah....
ehh... ini dah membebel pasal lain dah ni.... satg panjang lebar lak... ok aku stop ja dkt sini... aku nak p pejabat pos nak renew lesen...

Wednesday, September 28, 2011

Kisah Hazim



Entry kali ni aku nak cerita sikit tentang anak ke-2 aku... Muhammad Hazim Syafiq, 1 yr 3 m.
Kisahnya begini....
Boleh dikatakan tiap-tiap bulan si hazim ni demam.... kami pun heran kenapa dia mesti demam sebulan sekali.... kami asyik atur klinik je untuk dia.... kesian kan... asyik makan ubat dari dalam pantang lagi.... masa baby... time nak cucuk asyik di tunda saja.... sbbnya... bila nurse chek suhu badan hazim... 36.5 deg ke atas... so nurse kata kalau baby bersuhu begini mmg dia demam... x leh nak cucuk lagi... kena datang minggu depan plk.... oh... jenuh la kan... kalau sekali dua ok la... ni p tiap2 minggu suhu lingkungan itu jugak... larat ka tiap2 minggu kita nak ambik cuti.... so terdelay la tarikh cucuk si hazim ni....
Ini x boleh jadi ni.... kami p la check dkt klinik swasta dkt jitra.... aku cerita la apa yang berlaku ttg hazim ni.... DR tu kata ini suhu normal je..... boleh kalau nak inject.... plk....
Pastu... minggu kemuadian tu aku bagi tau nurse kata aku p check dkt klinik lain DR kata suhu normal.... depa check jugak suhu badan hazim hari tu kebetulan 36 deg.... depa cucuk jugak untuk yg 2 bulan.... time ni aku dah abih pantang n dah masuk kerja.... baru nak cucuk yg 2 bulan.... kalau korang.... korang tension dak????? dok ulang tiap2 minggu p klinik tp x dak apa2 tindakan...... cemuih......
Bila aku dah hantar hazim ke pengasuh dkt arau.... payah la kita nak p check dkt changlon lagi...so... aku tukar klinik plk la... mai tumpang chek dkt klinik arau... nurse soal la aku apsal terdelay ja ni inject hazim.... aku crita la segala2nya... lagipun dkt kad tu pun ada note jugak... diaorang baca dkt kad tu la.... aku continue cucuk hazim d cni sampai umur hazim 1yr... alhamdulillah.... ni aku nak tgu dia umur 1yr 6m plk baru nak bawak p klinik untuk inject terakhir....

Ok... aku nak continue cerita lagi.... Kan hazim asyik dok demam tiap2 bulan je.... pastu merata klinik kami dok atur ambik ubat.... Bila kami ambik ubat di klinik faizah.... kebetulan DR... lupa lak nama..(husben DR faizah) bertugas... aku cerita la dkt DR kata si hazim ni tiap2 bulan mesti demam... pastu dia tanya aku... ada simptom2 ni dak????
1) Alahan.... - kalau panas sgt bintik2 mcm ruam naik dkt dahi hazim
2) Demam kerap - mmg tgh demam
3) Cirit - mmg dok cirit pastu ada darah plk..
4) Tidak lalu makan..

OK DR kata... cucu dia pun ada simptom2 yg sama mcm hazim.... dia dah discuss dgn pakar2 depa nak cuba dgn cara lain.... x nak bagi antibiotik kerap pada baby n budak2 sebegini.... DR syorkan pada aku cari multivitamin..... (Advanced Multiblend Probiotix-Bio Life, NeuroGain) alhamdulillah setelah dok mengamalkan multivitamin ni.... hazim pun lalu makan semula.... pastu dah lama hazim x demam.... syukur sgt2.....

Cara penggunaannya:
untuk (Advanced MultiBlend PROBIOtix) 1 kapsul/day - buka tiub kapsul n tabur serbuk d atas nasik baby....
untuk (NeuroGain) tebuk lubang skit.. kemudian picit atas nasik n then gaul kedua-dua...



Tuesday, September 27, 2011

Ladang Anggur Tasek Beris

Kami p tasek ni dah lama dah.... sblm bulan puasa lagi....
ni baru teringat nak upload.....
Layanzzz dgn gambar2 d ladang anggur.....




Add Video

Friday, September 23, 2011

Happy Besday Sweetheart ;-)


Nak nyanyi sikit....

Happy Besday to u
Happy Besday to u
Happy Besday to sweetheart
Happy Besday to u......

23 September 2011, genaplah usia suamiku.....
Abang....
SELAMAT HARI LAHIR....
sayang doakan semoga abang sentiasa di murahkan rezeki, di panjang umur, sihat sentiasa , menjadi abah yang soleh di dunia dan akhirat....
amin....

Abang...
Tiada apa yang dapat sayang berikan sempena besday abang untuk kali ini...
Hanya sekadar ucapan dan doa sahaja....

Harapan sayang....semoga kasih sayang yang kita bina selama ini akan berkekalan selama-lamanya....

LOVE U.....


Tuesday, September 20, 2011

Sepetang di Tasek

Posing Lepas Raya ;-)

Akhirnya ada jugak kenangan untuk raya tahun 2011

Tuesday, September 13, 2011

Pic Raya 2011

adik aku lagi sorang x balik beraya di kampung tahun ni... khabarnya x boleh nak cuti....

mak ayah dan adik bongsu ku.... inilah tahun pertama dia beraya dengan baju melayunya... tiap2 tahun yg sudah.... suruh mak belikan aje... tapi x mo pakai.... payah skit si budak ni... memilih baju...

aku dapat bergambar dengan haziq ja.... si adik tgh tidor... so x dak la gambaq raya adik tahun ni.... gambar kami 4 beranak pun x sempat nak ambik... huhuhuhu sedihnya....


Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya

Kepada sahabat-sahabatku.... sity n family mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua..... ampun maaf dipinta... seandainya kami menguris hati dan perasaan anda semua.....

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum....
Tidak terlewat rasanya... sity nak mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabatku dan kepada sesapa sahaja..... hari ini sudah 2 ramadhan 1432H alhamdulillah... kita semua dapat beribadah lagi dalam ramadhan tahun ni.... syukur.... Kepada sahabat-sahabatku semua... aku memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahanku secara sedar ataupun tidak.... Semoga ALLAH memberkati segala amalan kita di dunia dan akhirat kelak... Semoga kita semua sempat melengkapkan ibadah puasa kita dengan sempurna selama sebulan...

Monday, July 25, 2011

Apam Alphabet

Aku tulis ABC....Z atas apam tu... Aku buat khas untuk anakku si Haziq dan Hazim... Haziq mmg suka sgt dengan apam ni.... sambil makan sambil blajar Alphabet.... Pagi ni aku bekalkan apam ni untuk haziq ke sekolah....


Ikan Keli Masak Lemak Cili api

Masak-masak dihujung minggu....

Sekadar TaTaPaN

Rehat-rehat di depan umah sambil hazim blajar berjalan.... Alhamdulillah Hazim dah bertatih banyak langkah... Raya ni mama dah payah dukung Adik lagi la... Hehehehehehe...