Alhamdulillah...... dah lama aku ingin masak western food... akhirnya hujung minggu lps tercapai jugak....
Daging ni pun bukannya aku beli pun.... mak aku bagi daging korban seplastik... dok pk nak masak apa la dengan daging yang banyak ni.... so apa lagi... buat steak la... ni la rupa steak aku... x payah pun.... mmg senang je....
Daging ni asalnya aku nak perap seharian je... so asyik tertangguh je.... jadinya 3 hari aku perap daging ni... mmg lembut lah.... dan terasa rempahnya....
RESEPI
Bahan-bahan:
4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah jika suka )
* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk. Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.
Sos lada hitam
( Sos ni boleh mkn 6-8 org... kalau untuk 2 org mkn je lebih baik buat 1/2 dari adunan)
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
1/2 tin cendawan butang di potong 4
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba!!!
terliurrrr~CDA
ReplyDeletecda.... senag ja... cuba la... pasti nak lagi...
ReplyDeleteDaging tuh lepas perap n thn goreng boley x?
ReplyDelete