Friday, November 22, 2013

9 Kelebihan Emas Public Gold

Kelebihan #1 – Harganya lebih rendah dari kedai emas dan dari kebanyakkan pengeluar emas lain. Ini disebabkan Public Gold adalah kilang emas, bukan kedai emas. Harga yang lebih murah membolehkan kita beli emas lebih banyak dengan nilai duit yang sama.

Kelebihan #2 – Susut nilainya antara yang terendah (ini antara point penting), sekitar 4.5% – 8% jer. Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah mula untung. Tak perlu menunggu terlalu lama.

Kelebihan #3 – Stok sentiasa ada. Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Ada syarikat lain yang saya nampak, bila harga menjunam barang terus out of stock. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu.

Kelebihan #4 – Ada banyak cawangan seluruh Malaysia disamping dealer yang ramai. Ini memudahkan customer untuk urusan jual beli emas tanpa terlalu bergantung kepada dealer.

Kelebihan #5 – Public Gold jamin beli balik emas walaupun ianya calar, kemek, bengkok dsb tanpa berkurangan nilainya selagi berat emas tu masih kekal. Ia lebih peace of mind. Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan seal rosak pun dia tak jamin beli balik pada harga tinggi.

Kelebihan #6 – Sistem booking harga 24 jam sehari di mana harga disemak setiap 20 minit mengikut pergerakan sebenar harga emas dunia. Kita boleh booking harga 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga tinggi walaupun waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold, harga dah turun balik.

Kelebihan #7 – Keupayaan syarikat membeli balik emas dalam jumlah yang besar bila para pembeli menjual balik emas kepada Public Gold. Pernah satu masa bila harga emas mencanak naik, Public Gold membeli balik lebih kurang RM2 juta sehari ketika para pelabur mengaut keuntungan. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.

Kelebihan #8 – Emas yang disahkan tulen. Setiap emas yang dikeluarkan oleh Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

Kelebihan #9 – Tiada yuran sebenar menjadi ejen. Setiap belian emas RM20,000 dalam satu resit, anda secara automatik jadi dealer Public Gold dan mendapat rebat setiap belian (1% – 2%) dan jualan balik emas (0.5%) kepada Public Gold. Hakikatnya, percuma jer jadi dealer. Kalau beli emas RM20,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold. Banyak syarikat pengeluar emas mengenakan yuran sekitar RM1,000 untuk menjadi dealer tanpa mendapat emas walaupun sekeping gold bar 1 gram.

copy paste from blog mohdzulkifli.com

Tuesday, November 19, 2013

TIPS EMAS : Harga Paras Rendah 19 NOv 2013

Harga 1 dinar sekarang ni sekitar RM578. Harga tertinggi dalam sejarah ialah sekitar RM830 pada tahun 2011. Penurunan mendadak April 2013 lepas menyebabkan harga 1 dinar turun serendah RM550. Ia disebabkan sentimen pemulihan ekonomi US membuatkan semua pasaran komoditi berlaku penurunan. Sekarang adalah musim yang baik bagi sesiapa nak perbanyakkan pemilikan emas -19 November 2013

Jangan Bazirkan Emosi Dengan Harga Emas



Selalu orang menyesal tak beli emas masa harga rendah.

Hari tu dah menyesal sebab tak beli bila harga rendah RM605. Lepas tu harga naik RM638, jadi dia harap-harap harga turun balik. Lepas tu betul-betul harga turun balik ke RM598, tapi tak nak beli lagi sebab nak tunggu rendah lagi. Berapa rendah pun tak pasti, tapi nak paling rendah.

Sekarang harga emas naik balik ke RM607 - RM612, menyesal pulak lagi sekali sebab tak beli harga RM598... 

Saya selalu nasihatkan beli pada harga rendah, bukan paling rendah sebab pakar analisis harga emas pun tak tahu berapa harga paling rendah. Turun naik harga emas tu perkara biasa. Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas.

Beli, simpan dan lupakan emas tu... Ada duit nanti, baru monitor balik harga emas untuk buat belian seterusnya. Tak perlu monitor hari-hari... Jangan bazirkan emosi...


Aset Yang Kita Sendiri Pegang & Rolling

Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima pajakan emas Public Gold. 

Alhamdulillah...

Emas ialah aset pelaburan yang mudah dicairkan, dan boleh dirolling sebab emas tu kita pegang sendiri, bukan dipegang oleh pihak bank.

Bila-bila masa nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman segera. Bawa emas jer terus dapat pinjaman. Tak perlu slip gaji pun. Aset kita, kita sendiri yang rolling ikut kepandaian kita.

Tapi kalau simpan duit di bank, bank yang rolling duit tu. Investment kita seolah-olah beku sebab bank yang gandakan keuntungan pakai duit kita. Hasilnya, bank bagi kita dividen yang sekadar cover inflasi...

EMAS pada hakikatnya adalah WANG sedangkan duit yang kita gunakan ialah MATAWANG. Kata pakar precious metal Mike Meloney, emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Memiliki emas maksudnya kita memiliki duit sebenar...

Wallahu a'lam...