Thursday, September 20, 2012

.:: Tutorial Shawl ::.

 ~ Tutorial Shawl 1 ~
Credit from : FB Happylifeshoppe...

1. Pakai inner.. Letakkan shawl di atas kepala dgn sebelah pendek dan sebelah panjang.


2. Bawakan shawl sebelah yg pendek ke arah bertentangan, pada paras atas sedikit dari telinga. Pinkan shawl pada inner.


3. Pegang sebelah shawl yg lebih panjang, bawakan ke arah bertentangan seperti gambar 3.

4. Bawakan hujung shawl ke atas kepala secara sedikit silang spt gambar 5 dan pinkan. Biarkan bahagian hadapan shawl loose.

5. Kemaskan shawl anda, pinkan di bahu jika perlu.

6. Pandangan sisi, walaupun dipakai loose ia tetap cover bahagian belakang.

7. Siap.. our favourite style sbb mudah je nak pakai, sgt senang kannn.. :-)




~ Tutorial Shawl 2 ~
 Credit from : FB Happylifeshoppe...

1. Pakai inner.. Letakkan shawl di atas kepala dgn sebelah pendek dan sebelah panjang.

2. Bawakan shawl sebelah yg pendek ke arah bertentangan, pada paras atas sedikit dari telinga. Pinkan shawl pada inner.


3. Kemaskan di bahagian bahu, bentukkan supaya kelihatan bujur atau bulat, then pinkan kemas di bahu.


4. Bawakan sebelah yg panjang ke hadapan, silangkan atau twistkan shawl tersebut.


5. Bawakan shawl yg sudah disilang/twist tersebut ke atas kepala dan cuma letakkan sahaja secara loose. Letakkan peniti atau pinkan di atas kepasa supaya kemas. 


6. Pandangan belakang, walaupun dipakai loose ia tetap cover bahagian belakang.


7. Dah pun selesai.. ringkas dan cantik.. :-)


Selamat mencuba !



~ Tutorial Shawl 3 ~
Credit from : FB Happylifeshoppe...

Tutorial utk pemakaian shawl yg kemas terletak !

1. Letak shawl di kepala.. Biarkan sebelah pendek dan sebelah lagi panjang.

2. Pinkan kiri dan kanan selendang pada inner neck.. Shawl ni tak jarang, boleh dipakai tanpa inner neck.. Cuma kalau nak pemakaian yg kemas better dipakai dgn inner neck or anak tudung.


3. Kemudian kemaskan dan pinkan di bahagian belakang seperti gambar 3.


4. Pandangan hadapan setelah dipinkan di belakang.


5. Bawakan sebelah selendang yg pendek tadi ke arah bertentangan pada paras telinga.


6. pinkan atau letak jarum peniti sebelah yg pendek tadi.


7. Then, bawakan pula sebelah yang panjang ke arah bertentangan dan terus letakkan di atas kepala.. Adjust tahap labuh shawl yang diingini dan pinkan shawl dgn jarum peniti di atas kepala supaya shawl stay kemas.


9. Siap ! Selamat Mencuba ;)


~ Tutorial Tudung Bawal ~
Credit from : FB Happylifeshoppe...

Lipat tiga segi tudung bawal, bahagian bercorak/bunga berada di sebelah tepi kiri atau kanan BUKAN belakang...Lipatan sebelah dalam biarkan pendek sedikit. Letakkan di atas kepala dgn ukuran sebelah pendek dan sebelah panjang.. Sebelah pendek adjust agak-agak elok utk dipinkan di arah bertentangan spt gambar 1 dan agak elok utk cover leher/dada.

1. Bawakan bawal sebelah yg pendek tadi ke arah telinga bertentangan.

2. Tarik rapat bawal sebelah pendek rapat ke leher dan pinkan sama paras dgn telinga . Pinkan di inner. Adjustkan supaya terletak elok.

3. Tarik dan adjust sebelah yg panjang supaya bunga/corak berada dihadapan.. Betul-betulkan supaya corak tersebut cantik terletak.

4. Bawakan ke arah kepala, atas sedikit dari atas telinga dan pinkan.. Pastikan susunan corak dan bunga dikemaskan.

5. Dah pun siap.. Senang saja !... ^_^

Selamat Mencuba !



No comments:

Post a Comment