Thursday, August 6, 2009

promosi jus QASEH ADINDA, QASEH KEKANDA

Untuk tempahan, sila hubungi 019-4953285 (sms), YM @ email : sityaiza@yahoo.com


Menyusun Langkah Dalam Mencari KeredhaanNya...
Halalan Toyyiba
Apa itu IMP ...?
Piawaian atau standard IMP/ Islamic Manufacturing Practice (Amalan Pengilangan Islamiyyah) yang mana merupakan produk yang terhasil memenuhi tuntutan Halalan Thoyyiba atau Halal Lagi Baik seperti yang dipertingkatkan di dalam Al-Quran dan Hadith..
Mengapa perlu IMP..?
Ramai pengusaha Muslim menyatakan produk keluaran mereka adalah halal. Namun kualiti halal tersebut tercemar apabila ianya halal hanya pada bahan sahaja akan tetapi prosesnya tidak mempunyai cii-ciri adab Muslim.
Ramai pengguna Islam terpedaya dengan logo Halal pada sesuatu produk. Banyak juga produk berselindung disebalik logo Halal demi meraih dan memenangi hati pengguna Islam hakikatnya syubhah atau haram.
Piawaian IMP hanyalah merujuk kembali kepada apa yang telah diperuntukkan oleh syara'. Ia diteliti sehingga fokus utamanya menjadi adalah sebagai piawaian yang sejajar dengan hukum dan tidak hanya mengikut logik akal manusia.
Bagaimana IMP dilaksanakan..?
Penelitian dari sudut hukum syara' adalah keutamaan. Pengusaha dan para petugas beragama Islam dan memelihara tanggungjawab sebagai seorang Muslim seperti solat, memelihara aurat dan kemampuan lancar membaca Al-Quran.
Setiap produk yang dihasilkan bukan sahaja halal dan suci dari bentuk zahir sahaja malahan dari sudut rohaniahnya juga yakni tangan-tangan yang memproses produk-produk juga terpelihara dengan bersih dan suci.
Tiada unsur riba' dalam perniagaan.
100% ditadbir dan diurus oleh umat Islam.
Muslim dan Muslimat diasingkan.
Pekerja berwudhu' sepanjang bertugas.
Tidak membabitkan muslimah yang uzur di bahagian proses produk.
Tugasan berlandaskan Hukum Taklifie' dan Wadhie'.
Petugas memahami dan mematuhi tuntutan Hukum Taharah.
Pembacaan doa-doa Al-Quran & Al Hadith.
Tiada pendedahan kepada bunyi muzik.
Kekerapan kuliah kefahaman agama.

No comments:

Post a Comment