Tuesday, May 19, 2009

Ikan SiaKap KuKus

Cubalah dengan resepi nih....
Memang sedap.....


Bahan-bahannya:

Ikan siakap
carot
bawang besar
serai
cili besar
sos ikan

Cara-cara:
Ikan siakap di siang dan dibersihkan... letak ke dalam dulang, kemuadian potong kecil2 carot, bawang besar serai,cili besar tabur di atas ikan. tuangkan sos ikan and then kukus sampai masak...

SELAMAT MENCUBA.....

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil] *tak hias pun dengan daun nih...
hirisan carrot
jus limau kasturi

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih


2 comments:

  1. suka sangat ikan kukus. tapi hubby x suka dia kata x best. sebab ikan lembek. sos nampla tu cemana?

    ReplyDelete
  2. kukus kejap dah la... kurang kolestrol.... sos nampa tu... sos ikan cap sotong..

    ReplyDelete