Wednesday, May 23, 2012

.:: Dugaan & Ujian ::.

Ya Allah Ya Tuhan ku.... Inikah ujian yang engkau berikan kepadaku... TEtiba aja aku demam panas smalam dan lenguh abih satu badan... dan hari ni aku terpaksa MC... Jika benar... engkau berilah kekuatan dan semangat kepadaku untuk aku menyiapkan order kepada sahabat-sahabatku  mlm ni Ya Allah... Amin..

Hari ni satu hari aku asyik tidoq saja... sekarang ni aku rasa kuat skit... demam pun dah kebah.. alhamdulillah... tapi kepala still berdenyut dan badan masih lenguh2 lagi... Ya Allh semoga engkau permudahkan segala urusan aku Ya Allah.... Amin..




Monday, May 21, 2012

.:: Anniversary ::.

Alhamdulillah... syukur.. hari ni 21/5/2012 genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Aku berasa sangat gembira... kerana kami di kurniakan 2 cahayamata yang tak ternilai olehNYA... Dan aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang dapat memahami diri ini... Thanks sweetheart atas segala-galanya.. Aku berdoa semoga hubungan rumahtangga yang di bina ini akan berkekalan hingga ke syurga... dan semoga aku menjadi seorang isteri yang solehah, suamiku yang soleh dan anak-anak yang soleh dan solehah... amin....


 Kek Ulangtahun Perkahwinan


Friday, May 18, 2012

.:: SeLaMaT HaRi IBu ::.

Alhamdulillah... Sempena Hari Ibu untuk tahun 2012...Kelmarin sempat kami menyambut hari ibu di umah mak ayah, Felda Laka Selatan... Adik aku la yang blanja... Kek n KFC, baru dpt gaji katakan.... thank u ya...
"Mak... Teh ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk mak... jasa mak selama ini tak kan teh lupakan sampai akhirat... Halalkan makan minum dan tunjuk ajar yang mak curahkan selama ini... Love u mak"

Monday, May 14, 2012

.:: Operasi Di Luar Rumah ::.

Alhamdulillah... weekend ni kami tak kemana-mana... so kami boleh la menarah rumput di tepi rumah yg sudah lama di biarkan... huhuhuhuhu... dah lama rasanya aku tringin nak buat mini garden... tp masa x mengizinkan... biasalah... aktiviti kami hujung minggu... kalau x balik kampung.. kami akan jejalan ke shoping komplex... hehehehe... aku pun bukannya rajin sgt... so bila tgk gambar dkt google geram rasanya.... cantik-cantik ja... mcm nak balik buat la tu jugak... hehehehe... Pokok-pokok bunga pun bukannya banyak sangat pun dkt umah aku tu.... Adala sikit... :-)
Mula-mula aku cadang nak tanam ja semua kawasan tepi umah aku tu dgn rumput karpet... memandangkan rumput-rumput lain terlalu banyak sgt... so x jadi la rancangan itu... aku cuma beli 2 keping ja rumput carpet tu... tiap-tiap 1 keping tu aku potong menjadi 2 so dapat la 4 keping kesemuanya...(1kaki X 1kaki). Aku tanam jauh-jauh menjadi 4 tompok.... nanti dia akan menjalar le ke tempat lain... 2 keping rumput tu RM8.00.

Blum siap lagi mini garden aku tu... di sebabkan anak2 pun kurang sihat sabtu dan ahad... maka terbelengkalaila proses ini... nanti siap insyallah aku akan upload gambar.


Thursday, May 10, 2012

.:: Special Gift ::.

Alhamdulillah.... Terima kasih to my beloved hubby... Love u... Suka sesangat dgn benda ni... mmg dok idamkan dah lama... 
Tarikh besday x sampai lg... tp dah dapat hadiah besday dah... :-) 
Hadiah yang paling bermakna..

Tuesday, May 8, 2012

.:: Solat Sunat Tahajjud ::.

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam. 
Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah. 
Lafaz niat: 

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar. 
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Pada rakaat pertama ucaplah Al-FatihahSelepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas 
Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu

Ertinya: “Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “ 
Selepas memberi salam ucaplah doa : 


Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum . 
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah” 
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”