Thursday, May 23, 2013

Renungan buat aku dan anak2 ku...

Copy paste dari FB 
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Wahai anakku,
Seorang ibu adalah segalanya bagi anak. Ia mengatasi kasih sayangmu kepada ayahmu. Ia berada hanya dua langkah di belakang Allah dan Rasul. Ketahuilah bahawa Allah meredhaimu bilamana ibubapamu meredhaimu, dan Ia akan murka bilamana ibubapamu murka kepada-mu. Kerana itu, janganlah engkau memandang remeh terhadap kemarahan ibubapamu. Ketahuilah wahai anakku, cukuplah bagi seorang anak tidak dapat mengucap kalimah syahadah di saat nazaknya, hanya kerana ibunya berkecil hati dengannya.

Wahai anakku,
Aku sangat mengharap agar ibubapa sentiasa memaafkan kesalahan anak-anaknya, dan membuang jauh perasaan kecil hati terhadap kecuaian anak-anaknya. Untuk itu, sentiasalah engkau memohon kemaafan kepada keduanya, samada engkau bersalah atau tidak. Kemaafan terhadap ibubapa bukanlah kerana kesalahan dan dosamu kepada mereka, tetapi kerana kamu adalah anak dan mereka ibubapamu.

Wahai anakku,
Di saat kamu membesar dengan kenakalanmu, ibubapamu sentiasa mendoakan kejayaaanmu, sehingga ia sanggup berlapar demi kekenyangan-mu. Mereka sanggup berjaga malam dengan kesakitanmu dan mereka akan berusaha memenuhi kehendakmu. Alangkah besarnya pengorbanan mereka kepadamu. Mereka berkorban bukan mengharapkan balasan pemberianmu, atau menuntut sebarang balasan di waktu tua mereka. Kerana kamu akan memahami tanggungjawabmu terhadap mereka di saat itu.

Wahai anakku,
Masa terus berlalu dan kamu dibesar dengan penuh kasih sayang, didikan dan harapan. Kenakalanmu sewaktu kecil mengundang rasa gembira mereka melihatmu, berjalan jatuh, berlatih, berlari-lari dan gelak ketawa. Alangkah indahnya di saat itu. Suasana itu akan hanya dirasai oleh kamu bilamana kamu mempunyai anak nanti.

Wahai anakku,
Di saat kamu mulai mengenal dunia dan kawan-kawan, kamu bermain dan bergurau kamu dimarahi dan ditegur bahkan terkadang kamu dipukul. Sedarlah bahawa semua itu dibuat kerana sayangnya kedua ibubapamu kepadamu. Dia ingin kamu menjadi insan bertaqwa, beriman, berjaya dalam kehidupan sebagai hamba Allah. Engkau perlu belajar dan memahami bahawa betapa kemarahan dan teguran kedua ibubapamu kerana sayang mereka kepadamu. Jangan sesekali kamu memahami ia membencimu dengan kemarahan dan tegurannya.

Wahai anakku.
Kamu semakin dewasa menempuh alam yang penuh mencabar. Kamu membesar sebagai remaja yang mulai punya kenalan yang ramai, kawan pelbagai. Jenis dan perangai, bacaan yang pelbagai, dunia tanpa sempadan. Cabaranmu sangat menakutkan ibubapamu. Mereka bimbang engkau tersalah jalan hidup yang terus terjerumus ke lembah kerosakan, yang membawa engkau durhaka terhadap Allah. Mereka bimbang engkau mengabaikan sembahyang, mereka bimbang engkau terlibat dengan pergaulan bebas, mereka bimbang engkau terjerumus dengan dadah, dan seribu satu kebimbangan lagi.

Lantaran itu, wahai anakku, ketiadaan kamu merungsingkan filiran mereka. Adanya kamu di hadapan mata mereka sangat menyenangkan mereka. Maaflah mereka seandainya kebimbang-an itu menyebabkan kamu tidak bebas, kamu rasa terkongkong, dan kamu rasa rimas. Nanti bilamana kamu ada anak, kamu akan merasainya.

Wahai anakku,
Hidup ini sangat singkat untuk kamu durhaka kepada Allah. Maka sentiasalah engkau memohon kekuatan dari Tuhanmu dalam menempuh hidup yang penuh mencabar ini.

Salam sayang. Senyum.

Tuesday, May 21, 2013

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17 - 06:08:14 AM



Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. 


“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. 

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS. 

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai. 
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram. 

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global. 

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. 

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung. 

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. 

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan. 

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini. 

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. 

Tuesday, May 7, 2013

Emas Lagi Bagus Dari ASB dan Tabung Haji


as salamualaikum....
Kali ni  siti nak bagi ilmu skit.... 


di petik dari blog: mohdzulkifli

Dan yang bestnya bila beli emas ni, tak perlu risau pasal dividen banyak ataupun sikit. Sebabnya trend harga emas memang menaik dalam jangka panjang. Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni, kenaikan harga emas tak kurang dari 20% setahun.
Tapi kalau simpan ASB dan Tabung Haji, pulangan cuma sekitar 5% hingga 8% jer. Itu belum tolak inflasi 4%, dan zakat 2.5%. Bila tolak sana sini, pulangan bersih cuma sekitar 1% bagi Tabung Haji, dan 1.5% bagi ASB. Ah... jauh lebih baik simpan emas.
Kepada kawan-kawan yang nak beli emas, boleh juga contact saya. Saya boleh bantu, insyaAllah sebab saya 'terdaftar' jadi dealer emas Public Gold. Saya tak buat bisnes emas sebab modal tak besar, takut risiko terhilang emas, kena rompak, dan banyak benda hukum hakam jual beli emas yang belum clear. Uh... tak berani lagi...
So, setakat beli dan simpan, dan bantu kawan-kawan, insyaAllah.
Wallahu 'alam.


Setakat kajian saya, saya nampak beli emas Public Gold adalah yang terbaik untuk simpanan. Sebabnya banyak. Antaranya, senang beli, senang jual. Tak banyak syarat itu dan ini seperti tak boleh buka seal, tak boleh calar, tak boleh bengkok dsb.
Untuk semak harga emas semasa Public Gold, sila ke website:

Friday, May 3, 2013

Masa terbaik melabur


PROMOSI menjadi dealer public gold ..

dari 1 Mei hingga 31 Mei 2013 sahaja..

Normal Dealer -->> hanya perlu beli 1kg Silver bar x 5pcs

atau..

Sebarang kombinasi produk Public Gold dengan amaun MINIMUM keseluruhan dlm 1 belian RM20,000. 

Dengan harga emas dan silver yang murah giler ni, anda akan;

a) Berpeluang menjadi dealer Public Gold International Bhd. dengan hanya +-RM15k apabila anda memilih utk membeli jongkong perak.

atau

b) Berpeluang memiliki Gram emas yang lebih banyak dengan jumlah belian minima RM20k berbanding belian semasa harga emas lebih tinggi sebelum ini.

Cth; Katakan sebelum ini anda membeli 1 Dinar emas semasa harganya sekeping RM750, dengan wang sebanyak RM20,000 anda hanya boleh memiliki 26 keping emas 1 Dinar sahaja..

Berbanding dengan..

Anda membeli 1 Dinar emas yang ketika ini berharga RM649, dengan wang sebanyak RM20,000 anda boleh memiliki 30 keping emas 1 Dinar..!


Apa Kelebihan menjadi normal dealer Public Gold?

1. mendapat komisyen setiap kali membuat belian
2. mendapat komisyen setiap kali membuat jualan
3. boleh menggunakan perkhidmatan PSP (gadai emas ) di publicgold.
4. boleh menjana part time income dengan menjual emas tanpa perlu menyimpan stok
5. spread yang anda dapat lebih rendah berbanding pelanggan biasa.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi siti : 019-4953285 (Call/SMS/watapps/weChat)
http://www.publicgold.com.my/referral/PG032327/321841

Perbandingan emas yang sah di MALAYSIA


Kijang Emas
Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
Spread 1oz (4%), 1/2oz (6%), 1/4oz (8%) (source BNM Website)
Tidak boleh lock harga.
Tidak boleh booking.
Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
Stok sering habis.
Al-Rajhi Bank
Kiraan spread:
  1. 10 gram – 14.24%
  2. 20 gram – 12.74%
  3. 50 gram – 12.55%
  4. 100 gram – 12.08%
  5. 500 gram – 9.39%
  6. 1kg – 8.31%
  • Tidak boleh lock harga
  • Plastik tidak boleh dibuka
  • Tidak boleh calar
  • Resit mesti dibawa sekali
UOB Bank

  1. Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  2. Perlu dapatkan sendiri di OUB office hour 9:00 pagi – 4.30 ptg
  3. Stok selalu habis
  4. Mesti bawa resit asal masa jual balik
  5. Tidak boleh buka sarung
  6. Tidak beli semula jika tercalar, terguris, bengkok atau patah. Jika tidak OUB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
Pamp Suisse

  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu. Kalau di Kuching ada dijual di Kedai Habib Jewel, Spring
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
  • Kalau buka sarung akan tolak harga.
  • Kalau emas minting ada workmanship cost & kalau emas casting tidak ada workmanship cost
Kuwait Finance House Gold

  • Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
  • Spread RM5 segram (sederhana tinggi)
  • Cawangan yang terhad
  • Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
  • Sarung plastik emas tidak boleh dibukatak boleh calar dan tak boleh bengkok.
  • Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
  • Jika boleh digadai sekalipun akan menggunakan rate emas 950 sahaja =)
Bunga Raya

  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
  • Spread 15%-25%.
  • Buka sarung tolak harga.   

  • Barang Kemas
    • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
    • Harga tinggi berbanding pasaran.
    • Spread 20%-40%
    • Tidak di consider atau dikategorikan sebagai emas pelaburan



    Public Gold, Public Dinar dan Public Silver 
    • Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
    • Spread 5%-6% sahaja
    • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
    • Boleh booking dan lock harga 24 jam.
    • Independent Assayeryang SAH di Malaysia
    • Emas 999.9 – 20g, 50g, 100g & 250gram
    • Dinar Emas – 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar
    • Jongkong Perak – 250gram, 500gram & 1 kilogram
    So terfikir nak beli yang mana satu dah? Hubungi saya 019-4953285 jika anda berminat membeli emas Public Gold =)

    http://www.publicgold.com.my/referral/PG032327/321841

    Wednesday, May 1, 2013

    Bermula dari sekarang

    assalamualaikum....
    kali ni siti nak mengajak semua sahabat atau sesiapa sahaja untuk bertindak... kita tak perlu modal yang banyak....
    kita mulakan dengan membeli emas dinar sebulan 1dinar atau 2 bulan 1dinar secara konsisten....

    http://www.publicgold.com.my/referral/PG032327/321841