Wednesday, November 23, 2011

.:: Design Card ::.

Depan Kad

Belakang Kad

Ini adalah salah satu dari hobi aku..... kalau aku bosan-bosan... datanglah idea-idea begini.... mmg best bila kita dapat design yang kita inginkan....

Kad ni aku design khas untuk SIL.. Kak siti harap Yatie menyukainya.....

Sebenarnya dah lama aku dok blajar design... aku belajar sendiri ja.... tapi sblm ni tak banyak pendedahan... aku belajar design guna power point ja..... nak guna Photoshop aku x berapa nak reti.....lama kelamaan... Dekan aku perkenalkan kepada kami GIMP . Mula tu mmg x pernah dengar apa benda la benda GIMP ni.... pastu aku google n cari tutorial.... alhamdulillah.... aku try n try n try.... Rupa-rupanya GIMP ni bleh buat macam2.....

Nanti aku update kad yang dah siap di cetak....

Kepada Yatie & Firul Selamat Pengantin Baru.... Semoga rumahtangga anda di berkati dan dilindungi olehNYA... Amin.....


Friday, November 18, 2011

~ JaMuAn AkHiR TaHuN 2011 ~


Selasa, 15 nov ada jamuan akhir tahun di sekolah Haziq. Apa yang aku nak buat untuk dia bawa ke jamuan tersebut. Nak buat cupe cake satgi x cukup plk untuk tiap2 org... so... jadilah 2 biji kek besaq seperti di atas ni.... budak2 kan suka warna-warni n coklat-coklat ni..... buat kek mcm ni... leh la pakat-pakat mkn sorang sikit....

Di sebabkan Haziq slalu sangat dok sebut-sebut pasal Angry Bird... Mama buatlah kek Angry Bird Edible Imej ni. Gambar Angry Bird yang besar tak ada, yang ada hanya yang kecik comel2 khas untuk cupecake ni.... Ini je la yang mampu mama buat untuk Haziq bawak ke sekolah....

Sekejap je masa berlalu.... skarang dah tengah bulan nov 2011, hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk kita melangkan ke Tahun 2012. Tamat sudah sesi persekolahan Haziq di Tadika An-Najaah, Arau. Tahun hadapan insyaallah Haziq akan menyambung pelajarannya di situ lagi.

SELAMAT BERCUTI kepada anakku....

Wednesday, November 16, 2011

~ BuAh NaGa MeRaH ~

Saja je ni upload gambar Dragon Fruit
Buah kegemaran Hazim Syafiq

KEBAIKANNYA

Tingkat daya tahan
Kurangkan metabolisma badan
Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
Kurangkan tekanan emosi
Neutralkan toksik dalam darah
Cegah kanser usus
Cegah kandungan kolesterol tinggi
Turunkan kadar lemak

Monday, November 14, 2011

~ Chiken Grill ~



Cuti minggu ni.... menu untuk mkn mlm adalah western food je.... bukan apa... sos black papper yang aku amsak kelmarin banyak lagi lebih... sayang la plk nak buang... kalau nak simpan entah bila plk nak di mknnya.... aku cuma beli 2 peha ayam je... lain semuanya dah ada.... ayam kejap je untuk di perap.... aku perap ayam ni... lbh kurang 8 jam je kot.... kalau mkn dkt kedai sepinggan seorang katakan RM9 -RM11 tidak cukup.... ha ni untuk 2 org mkn... harga lbh kurang sepinggan di kedai.... sepinggan penuh... amik kau....

LAYANZZZZ.....


~ BeeF Steak ~



Alhamdulillah...... dah lama aku ingin masak western food... akhirnya hujung minggu lps tercapai jugak....
Daging ni pun bukannya aku beli pun.... mak aku bagi daging korban seplastik... dok pk nak masak apa la dengan daging yang banyak ni.... so apa lagi... buat steak la... ni la rupa steak aku... x payah pun.... mmg senang je....
Daging ni asalnya aku nak perap seharian je... so asyik tertangguh je.... jadinya 3 hari aku perap daging ni... mmg lembut lah.... dan terasa rempahnya....


RESEPI

Bahan-bahan:

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk. Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Sos lada hitam

( Sos ni boleh mkn 6-8 org... kalau untuk 2 org mkn je lebih baik buat 1/2 dari adunan)

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
1/2 tin cendawan butang di potong 4
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!!!