Monday, July 25, 2011

Apam Alphabet

Aku tulis ABC....Z atas apam tu... Aku buat khas untuk anakku si Haziq dan Hazim... Haziq mmg suka sgt dengan apam ni.... sambil makan sambil blajar Alphabet.... Pagi ni aku bekalkan apam ni untuk haziq ke sekolah....


Ikan Keli Masak Lemak Cili api

Masak-masak dihujung minggu....

Sekadar TaTaPaN

Rehat-rehat di depan umah sambil hazim blajar berjalan.... Alhamdulillah Hazim dah bertatih banyak langkah... Raya ni mama dah payah dukung Adik lagi la... Hehehehehehe...






Apam Polkadot

Untuk Tempahan, Hubungi 019-4953285 (Sity)



Friday, July 22, 2011

Terkejut

Hari ni aku nak meluahkan perasaan yang amat2 tak puas hati.... Aku rasa bukan aku sorang saja yang rasa x puas hati.... mungkin ramai lagi yang berperasaan seperti ku ini....
Begini ceritanya.... biasalah tiap2 bulan bil itu bil ini sampai ke peti pos aku.... kelmarin balik dari kerja... aku tgk dlm peti pos aku... ada 1 surat... surat mintak hutang la..... bil A***O. Bulan lepas kerajaan mengumumkan bil seperti diatas ni x bleh dinaikkan kerana ramai yang mengomplen siarannya kurang memuaskan... Bulan lepas mmg syarikat ni dah hantaq surat dengan kadar harga yang baru.... dah kerajaan umum kata x bleh naik... aku bayar dengan harga yang biasa aku terima bil setiap bulan la... RM49.95 + cukai RM3.00 Total RM52.95 la.... Tetiba bil bulan ni sampai masyaallah.... dkt RM60.00, apa semua ni....???? dari RM52.95 naik jadi RM60.00 cukai apa lagi yang di kenakan.... kalau untuk setahun x pa la jugak... ni tiap2 bulan kena bayar cukai.... cuba korang kira.... RM7.05 kalau darab dengan setahun dah jadi berapa????? RM84.00 untuk 1 tahun... ini cukai untuk A***O je.... kalau diikutkan mmg x berbalai pasang A***O ni... tapi... memandangkan kalau x guna x leh nak tahu info plk....

dah la aku x mau membebel panjang lebar lagi.... satg jadi kot lain lak.....

Tuesday, July 19, 2011

AnakKu... Hazim Syafiq

Salam too all.... hari ni aku nak cerita sikit tentang anakku yang ke 2 ni...
Patang kelmarin time aku p ambik hazim dkt umah mengasuh (Umah Kak Ina), gembira sesangat aku tengok anakku (adik hazim) dah boleh berjalan banyak step dah.... wah... terharu aku.... suprise bagi aku... tapi tu la... dia atur langkah kalut skit.... x berapa nak stabil lagi la.... Insyaallah mama doakan semoga anak mama cepat2 boleh jalan....
Hari ni 19 July 2011, umur Hazim Syafiq dah menjangkau 1 Tahun 1 Bulan 15 Hari....
Abang Haziq Syahmi boleh berjalan dlm 9 bulan... mana tak awainya.... petua dari org tua2 kata... kalau nak bagi anak2 boleh jalan awai... bangun pagi2 time matahari x naik lagi tu.... air embun pun masih ada lagi dkt rumput.... ha... bagi anak2 jalan atas air embun tu... INsyaallah anak2 akan cepat boleh jalan.... ^_^
Masa baru dapat anak 1st mmg la semua excited kan.... mai anak kedua ni... kurang la skit excited tu.... hehehehehe...
WAlaupun adik Hazim lambat sikit boleh berjalan... tadi adik hazim cepat bercakap... dah banyak perkataan yang adik Hazim boleh sebut....
Yang penting perkataan pertama yang adik Hazim boleh ialah.... M.A.M.A la.... mama sayang adik....

Perkataan-perkataan yang adik Hazim boleh sebut sekarang....
M.A.M.A kekadang M.A
B.A.B.A.H kekadang B.A.H kekadang bunyi A.B.A.H
B.U.A.H yang ni mmg sentiasa dengar bunyi yg sama ja... -> kalau balik umah tok dia ja... dia sebut n tunjuk buah rambutan tepi umah tu....
T.U..... T.U..... T.U..... sambil dia tunjuk kelima-lima jarinya -> kalau dia nak-nak sesuatu pun dia sebut perkataan ni... hehehe...
N.A.K... N.A.K....
T.A.T.A sambil dia gerak ke kanan ke kiri tapak tangan dia...
yang ni ja yang aku ingat... nanti kalau ada lagi aku update sini....


Monday, July 18, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Kenaikan Harga Barang

Hari ni aku nak cerita skit tentang harga barang yang di naikan sedikit demi sedikit......
Seminggu lepas.... aku baru je beli susu untuk anakku dengan harga... RM19.90... pada aku harga ni ok la kan.... berbanding dengan harga di pasaraya besar.... kekadang je pasaraya buat diskaun... tapi aku lebih suka beli susu dan pampers anak di kedai biasa ja... sbb harganya boleh la tahan....
Ok sambung balik pasai kenaikan harga susu....
Petang kelmarin aku singgah beli susu untuk anakku pada kedai yang sama.... Ya ALLLAH... aku tgk harga lain lak.... ish.... Harga susu Dugro yg paket besar sekali tu ialah RM23.50... nampak tak.... sikit2 diaorang naikkan harga.... kalau sebungkus besaq hanya cukup untuk seminggu, kalau sebulan darab 4 = (RM19.90 x 4 = RM79.60 harga sebelum) (RM23.50 x 4 = RM94.00 harga selepas)
Itu kalau untuk seorang anak.... kalau 2 orang anak... tak kena ganda 2, RM94.00 x 2 = RM188.00 hanya untuk susu sahaja....
Itu x kira pampers lagi.... entah naik entah tidak... kelmarin aku lupa nak p ushar harga pampers dkt kedai tu.... aiyarkkkkk....

Bukan aku nak berkira.... tetapi aku sungguh x puas hati.... harga barang asyik naik.... walaupun sedikit demi sedikit....
Ha... sama jugak dengan harga pencuci botol susu, sebelum ini aku dok beli sebotol besar yg 700ml kot dengan harga RM17. 90 kalau x salah aku la.... Tetapi sekarang..... mencecah dengan harga RM22.00 kalau x silap aku la.... (nanti aku p usyar lain)

Macam mana keadaan harga pada zaman anak-anak cucu kita nanti???????????? dapat orang bayangkan??????

Thursday, July 7, 2011

Kisah yang memberi pengajaran dan peringatan kepadaku...

Assalamualaikum smua...
hari ni aku ada terbaca satu blog kisah yang menyentuh hati dan perasaan aku.... menitis laju air mata ku bia membacanya.... kisah seorang ibu muda dan baru dianugerahkan seorang cahayamata yang bertarung nyawa dalam menempuh dugaan dan ujian dari ALLAH.... (brain cancer stage 4) kalau korang nak mengetahui lebih lanjut lagi kisahnya.... korang sila ke blog ini : Aini Qamariah, Moon ini kakak iparnya....
ini entry yang telah di compile oleh SIL
aku doakan semoga ibu muda ini tabah mengharunginya...

Monday, July 4, 2011

Muffin Pandan


Red Velvet


Buah Buahan Tempatan

Tiap2 tahun.... bila tiba musim buah... wah syoknya.... weekend kami balik kg Permatang Manggis.... mcm2 jenis buah dah masak... Durian, Manggis, Dokong, Jambu air yg halus2 tu.... rambutan yang masak baru sedikit... banyak yg masih hijau lagi... 2 3 minggu lagi masak la buah tu.... balik kampung x yah pegi dusun... pokok buah keliling umah.... wah... seolah-olah mcm berada di dusun ja.... walaupun balik 2H1M je ke sana... rasa seolah-olah seminggu d sana... seronok... satu hari dok kutip buah manggis....
sapa nak mkn buah fresh dari pokok... jom la kita beramai-ramai ke kampungku....
hehehehehehe...

.:: Puding Roti Marble ::.

1st time buat.... marblenya pun x berapa nak menjadi cantik.... n lembut skit... sbb aku guna agar2 apa x nama jenis agar2 tu ( agar2 yg kita kena rendam tu..) aku main agak2 je.... x mengapa lain kali aku cuba lagi... heheheehe....


Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!


.:: Nasik Lemak Sambal Petai Udang ::.

Aku hanya ingin berkongsi resepi dengan korang....resepi ni aku bikin sendiri.... hehehehehe..... ini ikut citarasa aku... n stok bahan yang ada di rumah..... Petai tu pun... aku ambik dari pokok belakang umah mak aku.... memandangkan aku ambik sedikt je.... sbb itulah aku campur dgn udang... rasa manis2 air udang sedap....
korang cuba la....

Nasi
Bahan-bahan:
  • Beras 2 cwn
  • Pati santan 1 cwn (agak-agak ja ni.... sbb aku beli dkt market RM2)
  • Air 1 cwn ( aku ukur guna jari telunjuk... kiranya tambah air sampai hapus beras takat 1 inci jari telunjuk)
  • Halia di ketuk (lbh kurang besar besar 2 jari)
  • Daun pandan (4 helai daun pandan... daun pandan kecik2 ja ni.... kalau yg besar 2 helai pun cukup... nak bagi wangi....)
  • Garam secukupnya
Cara-cara:
Basuh beras mcm biasa.... tuang santan... tambah air sampai hapus beras takat 1 inci jari telunjuk.... masukkan halia yang telah di ketuk.... masuk daun pandan yang telah di simpul.... garam.... masak menggunakan dapur karan sampai masak...

Sambal Petai Udang
Bahan-bahan:
  • 2 tangkai Petai ( dibuang kulit dan di belah 2)
  • sedikit Udang (ikut citarasa masing2 nak letak byk ka sikit)
  • 4 sudu besar Cili Boh (aku nak cepat...hehehe... kalau cili mesin lagi bagus...)
  • 1 biji Bawang besar + 4 ulas bawang putih di tumbuk halus ( kalau nak blander lagi bagus... aku malas nak blander... aku suka tumbuk...)
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
  • air asam jawa ( aku x guna sbb cili boh ni dah ada rasa masam)
  • sedikit santan
Cara-cara:
Masuk kan minyak ke dalam kuali...
bila minyak panas... tumiskan bawang yang telah ditumbuk sehingga naik bau... masukkan cili....kalau terlau pekat tambahkan sedikit air.... masukkan air asam jawa...biarkan sehingga cili masak....
Kemudian... masukkan petai dan udang kacau sehingga sebati... masuk gula dan garam.... kacau lagi... bila dah sebati dan nampak kering... last... masuk sedikit santan... rasa dan tutup api.... siap untuk di makan bersama nasi lemak.....

Friday, July 1, 2011

.::Apa Fungsi Serbuk Penaik::.

Maklumat dan gambar dari : http://resipinoraini.blogspot.com


Serbuk penaik, krim tartar dan soda bikarbonat.

Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder).Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.
Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.